Friday, July 6, 2012

Anak Bijak Dengan Susu IBU :)

Tahukah anda kajian mendapati bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya lebih bijak apabila mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak tersebut didapati memiliki tahap IQ yang lebih tinggi iaitu antara tujuh hingga sepuluh peratus berbanding dengan bayi yang meminum susu formula. Angka tersebut mewakili secara keseluruhan pada beratus orang kanak-kanak dan bukannya pada individu. Oleh itu, jika anak ingin mencapai tahap kepintaran yang tinggi untuk anak-anak, mudah sahaja kerana anda perlu menyusukan bayi secara eksklusif tanpa mengeluarkan kos yang mahal.

Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu susu ibu memperolehi gred yang baik semasa zaman persekolahan mereka. Selain itu, kelebihan yang diperolehi daripada susu ibu semakin meningkat bergantung kepada berapa lama bayi disusukan. Sebenarnya, daripada penyelidikan yang dilakukan mereka menemui beberapa khasiat yang ada dalam susu ibu membantu pertumbuhan otak yang lebih baik.

Smarter fats
Kandungan utama dalam susu ibu membantu mengembangkan lemak pada otak iaitu DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3. DHA adalah zat makanan paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Analisis autopsi tisu otak daripada bayi yang meminum susu ibu dan susu formula menunjukkan bayi minum susu ibu memiliki otak yang tinggi DHAnya. Selain itu, bayi yang lebih lama minum susu ibu bermakna lebih tinggi tahap DHAnya.

NutrisiUntuk memastikan bayi mendapat cukup khasiat untuk perkembangan otak, oleh itu adalah penting bagi ibu yang menyusukan anak memperoleh DHA yang cukup dalam diet mereka. Sumber yang kaya dengan DHA adalah ikan (terutamanya salmon dan tuna). Peningkatan DHA memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan ibu juga.

Kolestrol
Lemak lain yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal adalah kolestrol. Susu ibu mengandungi banyak kolestrol sementara susu formula pula didapati tiada kandungan kolestrol yang diperlukan. ‘Rendah kolestrol’ mungkin berita baik untuk diet orang dewasa tetapi bagi bayi, kolestrol diperlukan sebagai komponen asas untuk menghasilkan saraf tisu dalam pertumbuhan otak.DHA, kolestrol dan lain-lain lemak dalam susu ibu menyediakan bahan untuk menghasilkan myelin iaitu sarung lemak yang mengelilingi saraf fiber. Myelin berfungsi sebagai bahan penebat, memudahkan saraf membawa maklumat daripada sebahagian daripada otak atau badan kepada bahagian lain. Oleh itu, pentingnya lemak-lemak membina otak. Sekiranya diet ibu tidak menyediakan jumlah lemak-lemak tersebut dalam susunya, payudara dapat menyediakannya serta-merta.

Smarter sugars
Laktosa adalah gula utama dalam susu ibu. Tubuh badan manusia memecahkan ia kepada dua jenis gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa. Galaktosa adalah zat makanan yang bernilai untuk perkembangan tisu otak. Ahli antropologi telah menunjukkan spesis mamalia yang bijak adalah mereka yang mempunyai jumlah laktosa dalam susu mereka. Susu manusia mengandungi konsentrasi laktosa yang tertinggi dalam kategori susu mamalia. Susu lembu dan sesetengah susu formula (susu lembu) mengandungi laktosa tetapi tidak sebanyak susu manusia. Susu soya dan lain-lain susu formula yang bebas laktosa langsung tidak mengandungi laktosa dan hanya gula biasa dan sirap jagung.

Perhubungan bijakKetika dua tahun pertama kehidupan bayi, otak membesar dengan pantas dan pengalaman harian bayi membantu menajamkan perkembangan otaknya. Sel otak yang dipanggil neuron, berganda dan berhubung di antara satu sama lain sehingga litaran otak menyamai wayar elektrik yang berselirat. Setiap kali bayi berinteraksi dengan persekitaran, otaknya akan membuat perhubungan baru. Oleh kerana susu ibu dihadamkan dengan pantas, maka bayi yang minum susu ibu dengan kerap akan lebih kerap berinteraksi dengan ibunya.

Penyusuan susu ibu sendiri membentuk perhubungan kulit ke kulit, aliran susu yang kepelbagaian dan hubungan rapat antara ibu dan bayi adalah lebih menarik. Ia merupakan pengalaman yang lebih interaktif berbanding bayi yang menyusu botol. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan bayi mendapat stimulasi yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal.

Para ibu bapa perlu mengetahui bahawa tiada makanan yang diperkayakan dengan DHA dan ARA sebaik yang terdapat dalam susu ibu. Malahan banyak pembuat susu formula berusaha untuk menghasilkan susu yang mengandungi DHA dan ARA seperti mana zat makanan istimewa yang terdapat dalam susu ibu.Jadi, mengapa anda bersusah payah membeli susu yang mahal jika anda berkemampuan menyusukan sendiri bayi anda tanpa perlu membayar dengan wang ringgit. Tambahan pula selain memiliki khasiat penting berikut, susu ibu turut mengandungi kelebihan yang lain.

Selain dari itu, kajian dalam The Journal of the American Medical Association, The Association Between Duration of Breastfeeding and Adult Intelligence, menunjukkan peningkatan IQ antara bayi yang menyusu kurang dari sebulan dan bayi yang menyusu sekurang-kurangnya 7-9 bulan. Ini adalah perbezaan yang penting. Malahan setakat ini tiada kajian yang dapat menunjukkan kelebihan yang sama pada makanan tambahan yang dicipta mengandungi DHA dan ARA.Bagi penganut agama Islam tentunya telah sedia maklum seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran tentang fadhilat seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan sekurang-kurangnya sehingga anak berusia dua tahun.

Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang terbaik kepada bayi mereka. Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi anda.

Jom berikan susu ibu untuk bayi anda!
Sebagai pembakar semangat!!!!! ANAK BIJAK DENGAN SUSU IBU Tahukah anda kajian mendapati bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya lebih bijak apabila mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak tersebut didapati memiliki tahap IQ yang lebih tinggi iaitu antara tujuh hingga sepuluh peratus berbanding dengan bayi yang meminum susu formula. Angka tersebut mewakili secara keseluruhan pada beratus orang kanak-kanak dan bukannya pada individu. Oleh itu, jika anak ingin mencapai tahap kepintaran yang tinggi untuk anak-anak, mudah sahaja kerana anda perlu menyusukan bayi secara eksklusif tanpa mengeluarkan kos yang mahal. Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu susu ibu memperolehi gred yang baik semasa zaman persekolahan mereka. Selain itu, kelebihan yang diperolehi daripada susu ibu semakin meningkat bergantung kepada berapa lama bayi disusukan. Sebenarnya, daripada penyelidikan yang dilakukan mereka menemui beberapa khasiat yang ada dalam susu ibu membantu pertumbuhan otak yang lebih baik. Smarter fats Kandungan utama dalam susu ibu membantu mengembangkan lemak pada otak iaitu DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3. DHA adalah zat makanan paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Analisis autopsi tisu otak daripada bayi yang meminum susu ibu dan susu formula menunjukkan bayi minum susu ibu memiliki otak yang tinggi DHAnya. Selain itu, bayi yang lebih lama minum susu ibu bermakna lebih tinggi tahap DHAnya. NutrisiUntuk memastikan bayi mendapat cukup khasiat untuk perkembangan otak, oleh itu adalah penting bagi ibu yang menyusukan anak memperoleh DHA yang cukup dalam diet mereka. Sumber yang kaya dengan DHA adalah ikan (terutamanya salmon dan tuna). Peningkatan DHA memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan ibu juga. Kolestrol Lemak lain yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal adalah kolestrol. Susu ibu mengandungi banyak kolestrol sementara susu formula pula didapati tiada kandungan kolestrol yang diperlukan. ‘Rendah kolestrol’ mungkin berita baik untuk diet orang dewasa tetapi bagi bayi, kolestrol diperlukan sebagai komponen asas untuk menghasilkan saraf tisu dalam pertumbuhan otak.DHA, kolestrol dan lain-lain lemak dalam susu ibu menyediakan bahan untuk menghasilkan myelin iaitu sarung lemak yang mengelilingi saraf fiber. Myelin berfungsi sebagai bahan penebat, memudahkan saraf membawa maklumat daripada sebahagian daripada otak atau badan kepada bahagian lain. Oleh itu, pentingnya lemak-lemak membina otak. Sekiranya diet ibu tidak menyediakan jumlah lemak-lemak tersebut dalam susunya, payudara dapat menyediakannya serta-merta. Smarter sugars Laktosa adalah gula utama dalam susu ibu. Tubuh badan manusia memecahkan ia kepada dua jenis gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa. Galaktosa adalah zat makanan yang bernilai untuk perkembangan tisu otak. Ahli antropologi telah menunjukkan spesis mamalia yang bijak adalah mereka yang mempunyai jumlah laktosa dalam susu mereka. Susu manusia mengandungi konsentrasi laktosa yang tertinggi dalam kategori susu mamalia. Susu lembu dan sesetengah susu formula (susu lembu) mengandungi laktosa tetapi tidak sebanyak susu manusia. Susu soya dan lain-lain susu formula yang bebas laktosa langsung tidak mengandungi laktosa dan hanya gula biasa dan sirap jagung. Perhubungan bijakKetika dua tahun pertama kehidupan bayi, otak membesar dengan pantas dan pengalaman harian bayi membantu menajamkan perkembangan otaknya. Sel otak yang dipanggil neuron, berganda dan berhubung di antara satu sama lain sehingga litaran otak menyamai wayar elektrik yang berselirat. Setiap kali bayi berinteraksi dengan persekitaran, otaknya akan membuat perhubungan baru. Oleh kerana susu ibu dihadamkan dengan pantas, maka bayi yang minum susu ibu dengan kerap akan lebih kerap berinteraksi dengan ibunya. Penyusuan susu ibu sendiri membentuk perhubungan kulit ke kulit, aliran susu yang kepelbagaian dan hubungan rapat antara ibu dan bayi adalah lebih menarik. Ia merupakan pengalaman yang lebih interaktif berbanding bayi yang menyusu botol. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan bayi mendapat stimulasi yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal. Para ibu bapa perlu mengetahui bahawa tiada makanan yang diperkayakan dengan DHA dan ARA sebaik yang terdapat dalam susu ibu. Malahan banyak pembuat susu formula berusaha untuk menghasilkan susu yang mengandungi DHA dan ARA seperti mana zat makanan istimewa yang terdapat dalam susu ibu.Jadi, mengapa anda bersusah payah membeli susu yang mahal jika anda berkemampuan menyusukan sendiri bayi anda tanpa perlu membayar dengan wang ringgit. Tambahan pula selain memiliki khasiat penting berikut, susu ibu turut mengandungi kelebihan yang lain. Selain dari itu, kajian dalam The Journal of the American Medical Association, The Association Between Duration of Breastfeeding and Adult Intelligence, menunjukkan peningkatan IQ antara bayi yang menyusu kurang dari sebulan dan bayi yang menyusu sekurang-kurangnya 7-9 bulan. Ini adalah perbezaan yang penting. Malahan setakat ini tiada kajian yang dapat menunjukkan kelebihan yang sama pada makanan tambahan yang dicipta mengandungi DHA dan ARA.Bagi penganut agama Islam tentunya telah sedia maklum seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran tentang fadhilat seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan sekurang-kurangnya sehingga anak berusia dua tahun. Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang terbaik kepada bayi mereka. Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi anda. Jom berikan susu ibu untuk bayi anda!

Thursday, July 5, 2012

K.A.M.I

Assalamualaikum w.b.t....

Rase dah lame la weh koi xupdate belog koi ni.(Pekan Habiiiss.hehe).... tok taw la ngape weh rase malas benor nak update belog koi ni... tak dok cite lgpun yang sebenornye.haha... (gelok sesorang).

Rase rindu sangat kat kengkawan maklum le perasan glamer ny tadi, koi ni memang ramei ngat kawannye. Tapi sahabat yang sentiasa ingat kat koi jeng jeng jeng... Jom baca nak cite siket la pasei dieorang nie.hehe....

(skema balik nanti ada yang tak faham plok)
Mule-mule kenal dieorang ni ada yang sejak dari tadika dan ada jugak masa zaman muda-mudi dekat POLISAS, kelas tak mak belajar sampai diploma!(ala-ala azwan ali)haha... hebak sangat kononnya. koya!

Sorang-sorang la saya citer ye... yang sorang nie nama die Atiqah Solehah Binti Arip, tapi saya panggil die Iqah je. Tersangat la tomboinya sejak dari kecik lagi, panjat pokok, boleh di katakan ganas la jugok. Sry mak ndok...hehe. Saya kawan ngn Iqah ni sejak dari tadika taw,masa umur 4 tahun kalau tak silap. Kelas kik 4 tahun dah masuk tadika walaupun duduk kt kampung ate mane taknya tadika depan umah pastu si Iqah rumahnya belakang tadika.haha.. 

Yang bestnya kan tak taw la macam mana persahabatan kami ni terlalu la panjang sampai la sekarang. Mule-mule satu tadika, pastu masuk sekolah rendah pun sama satu kelas jugak, sekolah menengah pun macam tu sama kelas (nak bagi taw jugak la kitaorang ok la kan sorang tak pandai dan sorang tak bodoh sangat.hakhakhak).Tak pisah jugak masuk pulak tingkatan enam pun sama satu kelas. Tapi saya dapat tawaran politeknik dulu dari dia... masa tu jela kami pisah kejap, tetibe Iqah pun dapat masuk politeknik. Macam tak caye tU pun masik satu kelas. Alhamdullilah... senang balik kampung taw ada kawan.hehe. :)
Ni la orang die...sorry Iqah gambor sempeng sikit,sebab jumpe yang nie pic terbaru aok dalam FB.


masa bujang lagi nie...

hari bahagia Iqah. :)


Jangan tak caye walaupun macam tomboy tapi dah ada anak sorang, laku taw! haha...  Kahwinny tahun lepas, lepas tu terus bunting pelamin ko! Hebak tak!haha... comelkan si Amsyar nie,dah 5 bulan dah kot. Tapi teman tak tau ikut muke sape.hehe... Miss u so much dear! tetibe emo plak (keluar plak air mata).hehe... :(

Pastu yang minah sorang nie memang my BFF...jeng jeng jeng. Miz Yuzniza Aizan Yunus. Cantik name die taw! ko ad!haha. Saya panggil dia Yuz, mek Kelate weh. Saya kenal die masa mula-mula masuk Polisas la, kebetulan bilik kitaorang sebelah. Tapi sorry Yuz, tak ingat macam mana kita leh close.hehe. Dia ni sangat la penyabar manusia nya(ikhlas ke x ni?haha). Sebab sepanjang berkawan ngan dia kan saya ni suke sangat buat hal, tak taw la kenapa.hehe... Sensitif sesangat. Tapi Yuz ni sangat-sangat memahami perasaan saya, sebab tu saya sangat sayang pada dia.hehe... Yuz dan family nya sangat baik itu memag saya tak nafikan.hehe... Masa bujang dah 2 kali gi rumah family Yuz kat Kelantan. Best hubungan kekeluargaan dieorang sangat-sangat akrab, tak macam family saya kalau adik beradik lelaki tu macam sengan jugak kan.hehe. Kebetulan adik beradik Yuz sama macam adik beradik saya ada 8 orang, produktif u all's.hehe...

Yuz selalu jadi tempat saya luah masalah la kan,dari dulu sampai la sekarang. Tapi dah kahwin of coz la ngadu kat suami dulu.hehe... Yuz ni pun sama macam saya jugak susah nak  dapat boyfriend.haha... Tapi sekarang dah ada la. Itu la yang kami selalu bincangkan...kelakor la Yuz. Adoinye pun... Masing-masing siap ada plan A dan B (haha... RAHSIA). 

Tak dinafikan Yuz ni pandai, habis je buat diploma tak lama lepas tu sambung degree kat UiTM. Mujur la saya pun dapat keje kt KL, still lagi leh jumpe ngn Yuz. Siap bawak bakal suami tu beb. Yuz la orang pertama jumpe my Mr. Irwan Izadi. Sampai sekarang ingat pesan Yuz... bersabarla selagi mampu bersabar sampai Allah s.w.t tidak izinkan...perggh! matang habis ayat tu taw! Tapi kata-kata tu sangat la bermakna. Sebab saya taw Yuz terlalu sayangkan saya. Thanx my girl! :)

Masa dah kahwin pun Yuz masih bercerita kisahnya dalam percintaan. Sian kat dia, tapi nak buat macam mana belum sampai jodoh. Perasaan yang kami pernah alami dulu, semestinya kami faham. Walaupun umur kami dah 25 tahun, Yuz tak kisah tapi risau tu tetap la risau sebab belum kahwin kan tapi tak pela. Sabar ye sayang... :)

Tapi tak sangka dalam tahun ni jugak dapat tahu my BFF ni dah nak kahwin tapi belum ada tarikhnya. Saya sangat-sangat excited sampai menangis.hehe... (sejak jadi mak orang ni over plak emo ny.hehe...) Pape sangat merinduimu my BFF. :)


ni la die Yuz nye...lupe plak nak kabo. Mate minah ni memang besaq! tp dlm pic ni, pndai di kecikkn mata.hehe.. sejak dari zaman poli lagi teman panggil die miss Bun.hehe. ape kan dayo tetibe mata anak deng pun fotostat mata si Yuz ni, tak caye ce tengok ni ha.kan same tu.haha... :)


ate kateny my BFF wajib ler jadi pengapitkan.hehe...




Nak cite pasal Inani la plak.hehe....


Comelkn minah nie. Minah ni namenya Nurinani Ibrahim. Orang Tanjung Lumpor ko.Hehe..
Inani senang cite die ni kan sweet sangat, perangai die pun same sweet. Kadang-kadang sangat sensitif, jugak sukar tuk difahami kekadang tu. Jangan marah ye mak yong.hehe...

Inani nie kadang-kadang jugak kelakar, ingat masa zaman poli ada kawan panggil die dengan gelaran 'silent joker', memang pun. Nampak jurus je, tapi bila bukak mulut.habis...hehe. Lagi satu Nanie nie kan sangat-sangat rajin dan kemas orangnya. Masa tu kitaorang duk satu rumah sewa la kan sebab tu boleh taw. Kalau tengok cara dia susun pakaian dia kat rak baju, cantik je sangat kemas. I very the like.hehe...

Pastu peristiwa yang masih dalam ingatan untuk modul Akaun, satu rumah suruh Nanie buat kotak. Alasan garisan yang Nanie buat lurus dan sangat cantik. Tapi Nanie kan baik dan sopan gitu buat jugak la.hehe... kelakor taw.

Kita orang ni dikatakan hari-hari berchating kat FB, tak pernah habis bercerita dari zaman bujang sampaila dah kahwin sekarang nie. Sekarang duk bercerita pasal rumah tangga plak.hehe... (RAHSIA). Dah lame tak jumpe minah...rindu jugak. :)


ini budak memang berani punya budak.hehe... kenapa? jom baca.

Asyura Murat name minah ni, wanted taw!haha... Syura ni sangat-sangat la kelakar taw, die macam Mr.Bean dalam kisah cerita kami.haha... sry mak jem. :p Syura ni sangat la kelakar orangnya. Ingat masa semester pertama kat poli, minah ni kene buat presentation menggelabah habis dow! berpeluh kot. Tapi tak sangka semester akhir jadi Pengerusi Kelab DSK beb! ko ada!.haha...

Syura ni sangat-sangat ringat tulang orang nya, dan terlalu ambik berat pasal orang sekeliling dia taw. Baik budak nie rupenya (alamak cam ne boleh tertaip nie?haha...) Tapi betul baik sangat. Perangai giler-gilernya dan kadang-kadang terover confident sampai kan kami pulak yang terasa malunya, nak-nak bile dia buat perangai tu masa kat luar.haha... Adoila syura-syura.

Paling yang tak boleh blah la kan pasal minah nie, die sangat malu dengan sendirinya pun bile bercerita tentang boyfriend nya.haha... Kalau nyakat pasal tu, tetibe si Asyura ni diam seribu bahasa. Name gelaran boyfriend nya kepada kitaorang adalah Sasuke, watak dalam kartun Jepun Naruto, handsome Sasuke kartun tula. Si Sasuke Asyura nie tak taw la dah lupe la rupenya macam mana.Sorry mak jem.hehe...

Ingatkan bila dah makin tua minah ni makin matang rupenya sama je. Suke suki je bagi nama kat laki kitaorang taw. Suami saya die panggilnya Abang Kadir,suami Nanie die panggilnya Abang Suleiman yang tak boleh bla nya kan boleh plak melekat nama-nama tu sampai sekarang. Kadang-kadang kalau gambo-gambo kat FB selambe je komen abang sayang bagai. Tapi Alhamdullilah suami saya selesa bergurau macam tu dengan si Syura ni. Layan jela suami saya cakap...hehe.

Syura ni pernah mengalami situasi yang sangat perit dalam hidup die, tapi dia tak pernah putus asa. Saat tu memang sedih dengan kedaan dia, tapi saya percaya Syura ni kan pandai berdikari. Letak dalam hutan dan gua pun boleh hidup. Sekarang die bergelar businesswoman. kelass kik! ko ad?!hehe...

Dalam diam-diam Syura ni tak lame dah nak kahwin dengan Mr. Sasuke die la, bercinta dari zaman sekolah u all's. Saya sentiasa doakn Syura berjaya dalam perniagaannya. InsyaALLAH... Rindu jugak budak nie, tak pernah boring duk ngan die.hehe...




Next story.....


Nor Aqidah Taiyib....hehe. Dah tua tapi belum matang.hahaha... Bukan tua sangat pun beza sikit je dari kitaorang. Saya panggil Aqid, macam mana nak cite pasal budak nie. Dia ni kadang-kadang kelam kelibut orangnya, susah nak kabo. Mudah sangat susah hati kalau ada pape.hehe... Aqid ni orang Pekan senegeri ngn koi dan Iqah jugok.

Yang paling bestnya kan Aqid ni pandai masak taw, suke sangat suruh dia masak masa duk rumah sewa sekali ngan die. Maggie masak  hitam dia memang sedap taw! Teringat-ingat la plak, nasib baik tak pregnant. Kalau kita orang makan maggie hitam Aqid ni kan, tak payah banyak pinggan cukup satu pinggan je tapi sudu/garfu banyak.hehe...

Aqid ni kan yang peliknya kenapa la dia ni kurus sangat, makan memang banyak tapi haram badan tak mau naik.hehe... Yang peliknya lagi lepas makan terus ke tandas. Mana nak gemuk.hehe...

Aqid pun sama dah kahwin jugak tapi sampai sekarang belum matang jugak lagi.haha...
Aqid kahwin pada 10.10.10, kelas ko tarikh cantik gitu. Anak pun dah sorang baby boy, Alif Afham ingat tak saya cerita sebelum ni, A.Am ni anak susuan saya.  Adik beradik anak saya la.hehe...

Sama la sampai sekarang kami masih berhubung sebab kami tinggal kat Putrajaya, dalam FB pun selalu contact jugak. :)


A.Am dan Mama nya. :)


Next 

story....

Saya paling suka baca wall FB die sebab apa? Sebab die sangat sengal.hehe....


Ni adalah Nurtiqah Shafuddin name betul la. Dalam FB Lavender Crystal, aku pun tak taw kenapa koya letak nama tu.haha...  Minah ni bujang lagi selalu ada masalah percintaan yang sangat kritikal. 

Tiqah (sry,aku nk gune name ni jgk.haha) ni kelakor orangnya, kalau aku stress kat office kompom aku bukak FB die, ntah pape die merepek kat wall die. Bile baca komen-komen dia memang orang ingat aku giler sebab gelok kuat-kuat.haha...

Lupe plak minah ni asal Selangor, tapi menetap kat Sungai Isap, Kuantan. Minah ni je yang masa kat poli die tak duduk hostel dan rumah sewa, hari-hari berulang. Lain pada orang sikit.hehe...

Tapi minah ni sangat sayang kan binatang taw, die paling suke kucing. Tabik spring kat minah nie. Tahniah dear! :)
Saya pun tak taw la bile minah ni nak kahwin. Memang belum matang lagi pun budak nie, belum sesuai jadi bini orang.hehe... Sorry sayang. :p 

Banyak jugak cite pasal budak-budak ni sebenarnya, tapi dah tak larat nak taip. Kalau aku ingat, memang aku gelak sorang-sorang di buatnya.  Sampai sekarang pun kita orang duk berhubung lagi, same jugak minah ni duk Putrajaya.hehe...


pose bersama kucingny.hehe... 


Last story with Angoh :)


Dalam rama-ramai ni kan Nor Hidayah Abdul Syukor ni yang kahwin paling awal. Tapi pelik gak jap, sebab bercinta ngan orang tetibe kahwin ngan orang lain.Jodohkan... Ni pic bersama putera Rayyan die, dah setahun lebih. :)

Angoh ni paling unik antara kami.haha... jangan marah angah ye. Dia ni selalu muka masam, manusia paling takut nak di tegur dalam rumah sewa kami tu. Tapi lembut je orangnya... Asal Termerloh,Pahang je. 

Sampi sekarang masih teringat sebab aku ni kan tido nya nakal sangat.  Masa tengah-tengah syok tidor si angoh ni kejut, sambil tanganny seperti melambai-lambai suruh aku beralih rupe-rupenya aku tido dalam kawansan dia dow! patut le maroh bebenor kome.haha.... 

Angoh ni jugak selalu kalau balik dari kelas suke sangat tutup pintu sliding dengan sekuat hatinya. Jiran sebelah rumah pun terkedu di buatnya.  Alhamdullilah sekarang Angoh dan saya masih lagi berhubung semenya kerana Facebook. Rinduya saat-saat bersama-sama mereka. :)


giler-giler dieorang nie. yang dah jadi bini orang dan tengah mengandung pun lupe diri...



 walaupun aku tak masuk dalam gambo korang ni, tapi aku relakan masuk dalam blog aku.haha...




Itula kisah sahabat-sahabat ku ini. Walaupun tak banyak tapi bila baca boleh teringat zaman kita di POLISAS dulu kan. Sangat sayang kan korang semua, memang rindu kat korang sangat-sangat taw. Minta maaf la kalau dalam tulisan blog aku ni korang ada yang tak suke. Halalkan je boleh tak?hehe... Muaah! :)