Wednesday, May 23, 2012

Kenapa Perlu Memerah Susu Ibu

Sebab-sebab perlu memerah susu ibu:
  1. untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
  2. bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramasa atau masalah oral
  3. untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
  4. puting payudara yang luka/melecet
  5. meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu
Cara memerah susu:

  1. Memerah dengan tangan
    • memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
    • basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
    • sediakan bekas yang bersih dan steril
    • lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
    • boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
    • buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
    • melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
    • tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
    • buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
    • tekan payudara ke belakang ke arah dada
    • perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
    • teruskan memicit sehingga susu keluar
    • perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
    • buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
    • tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
    • ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
    • tukar ke payudara yang satu lagi
    • urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi 
    • perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
    • setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
  2. Memerah dengan pam payudara
    • baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
    • basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
    • basuh tangan dengan bersih
    • duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
    • rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
    • posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
    • mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
    • boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
    • pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
    • masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan umum:
  1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
  2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
  3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
  4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri,single pump atau double pump
  5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
  6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
  7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
  8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Tips Untuk Ummie Yang Bekerja


salam..jom kita share, camne kita yang bekerja ni manage our breastfeeding n working life..ok..memula for sure kebanyakan mommies dah standby bp..segala bagai jenis manual ke eletric..saya guna s3..pastu kita akan ada storage bottle..saya banyak guna blumbee bee..ada cooler bag gak..saya guna 2, satu bawak g opis saya , satu anta umah makdah..pastu ada icepack..saya gunakan utk anta ke umah makdah jer..di opis tumpang peti ais bos..petang bawak balik..umah dalam 10-20 minit dari opis la..

SEHARI SEBELUM NAIK KEJE
saya bawak balik stock frozen ebm dari seri alam ke kluang ..bawak 12 botol jer utk 2 minggu..sebab di umah sewa guna peti ais 1 pintu, so sayang nak bawak banyak2..so, bila dah sampai kluang..saya g jumpa makdah (babysitter anak2) sehari awal..g citer kat makdah pasal kita nak bg susu badan kat muhammad..pastu gtau kita akan bagi 6 botol, kena panaskan 1-1 ikut keperluan.. pastu saya gtau, takleh didihkan n saya beli warmer, tapi makdah kata, dia lagi mudah gunakan rendaman air suam..katanya takut guna barang2 karen..kang rosak..ok, saya hormati keputusannya..janji makdah senang..pastu saya gtau gak, susu ni takleh digoncang cam susu fm..pastu sediakan cooler bag utk bagi pada makdah.. malam tu saya wat fresh stock..alhamdulillah jenuh, tapi dapat la 2oz x 4 botol..tambah 2 botol yg frozen..saya turunkan yg forzen, rendam ngan air..so by pagi tu dah cair sepenuhnya..pastu tagging terus botol 1-6..ikut time n tarikh..konsepnya seperti yg sume dah tau..1st in, 1st out..

HARI NAIK KEJE ..1st MONDAY SAMPAILAH KE HARI NI>
anta muhammad n uzma g umah makdah..sendirian huhu sebab saya pjj ngan enchek suami.. so bagi ler 6 botol x 2 oz..sebab 1st day kan..lunch hour makdah call, muhammad ngamok, takmo minum botol, nangis dekat sejam..bekejar saya g tgk dia..masa saya sampai dia sedang minum.. diopis..saya pump..dapat la 2x..1st day dapat 18 oz..sampai ke arini..gitu la banyaknya..kadang2 kurang pon still dapatla dalam 12 oz..alhamdulillah.. yang diopis saya simpankan 2.5 - 3 oz each bottle..bila dah cukup stock yang saya kira sampai jumaat, lebihnya saya frozenkan..pump saya tinggal diopis..sebab malam2 mmg tak ngepam la..dah dua2nya tlg pamkan..direct feeding n tandem nursing for uzma n muhammad..so setakat ni saya blom ada masalah tertinggal barang2...petang2 pas abis pump saya basuh n tangkupkan di dalam tupperware di opis..(t saya sharekan gambar).. ok, balik, ambik anak2..sampai umah, simpan susu yang bawak balik dari opis n balance dari makdah..sejukkan ice pack n turunkan frozen ebm.. pastu masak air panas..sebab kang nak sterelize botol2 storage tu..(huhu, saya lom beli sterelizer lagi, lalu menggunakan kaedah manual utk mensterelize botol2 saya).. pastu melayan anak2 bf..diorang dah tido..baru la tangkupkan botol di rack anakku..pastu baru lah ummi rehat dan tido..bila jumaat yang saya balik ke seri alam, malam bila enchek suami dah sampai, bawak la balik frozen yang wat kat kluang ke sana plak..camni ler kehidupan saya, kerja dan breastfeeding setakat dah naik keje ni :O)

agak kepenatan menguruskan anak sendirian..kadang2 petang masa simpan susu n ice pack tu, terpaksa dukung muhammad..mana melayan uzma nak main susu nya lagi..tapi takpela..ayat power enchek suami..syurga kan bawah tapak kaki ibu...huhhu...apa jua..moga saya mampu menjadi ummi yang terbaik buat muhammad dan uzma .. (psst..uzma dulu saya tak berjaya fully bf kan..sebab tak prepare mentally, n poketly :P..tapi uzma cuma minum fm diumah baby sitter..means 8-6 jer) 6-8 dan weekend adalah susu ummi sepenuhnya..malahan sekarang share lak ngan muhammad)..harap2 muhammad ni Allah permudahkan saya untuk fully bfkan dia sampai 2 tahun...

==========================================================
  1.  Breastpump yang selesa / nak marmet pun boleh - ikut kesesuaian
  2.  Cooler Bag (kalau di tmpt keje tiada peti ais, perlukan yg lbh bsr utk simpan pam sekali)
  3.  Ice pack
  4.  botol susu untuk menyimpan susu ibu - bpa free recommended
  5.  tissue paper untuk lap miss B basah tu.
  6.  1 or 2 storage bag selitkan kat bag breastpump....mane tau terlupa bawa storage bottle ker atau dah tak cukup bottle nak gune.
  7.  muskin tape or sticker for date reference.jgn lupa pen...sume letak dalam bag breastpump
  8.  nursing cover/jacket/scarf tuk cover bahagian depan kalo pump kat open workstation.
  9. gambar baby.. itu milk booster
  10. deep freezer


notes : Cooler Bag (kalau di tmpt keje tiada peti ais, perlukan yg lbh bsr utk simpan pam sekali, tak perlu cuci pam boleh simpan dlm cooler bag sahaja)

Herny Yusnizar
=========================================================
Panduan Buat Ibu-Ibu Menyusu Yang Perlu Menghadiri Kursus
Oleh Suhaili Bt Mohamad Zahidi · Suntingan terakhir sekitar 3 bulan lalu · Edit Doc · Padam

Kebelakangan ini saya perhatikan semakin ramai ibu-ibu di KIM yang menghantar post berhubung bagaimana untuk meneruskan PSI sewaktu berkursus. Ada juga yang menghadapi masalah penghasilan susu merudum sekembalinya daripada kursus. Sebagai seorang ibu menyusu yang masih berkursus sepenuh masa (sekarang di Sabah, meninggalkan anak tersayang di semenanjung selama 2 minggu), saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya bersama ibu-ibu sekalian. Untuk pengetahuan, saya telah berkursus semenjak 27/11/2010 dan masih berbaki lagi tiga minggu sebelum menamatkan kursus ini.

Persediaan Sebelum Mula Berkursus

Kebiasaannya ibu-ibu menyusu yang bekerja memang akan membuat stok untuk bekalan anak sepanjang waktu bekerja. Bagaimanapun, buat ibu-ibu yang akan menghadiri kursus, kita perlu menyediakan stok yang banyak sedari awal. Biasanya kita dapat notis awal berhubung kursus yang perlu dihadiri. Atau paling tidak pun, kita sendiri boleh agak bila kita akan dikehendaki untuk berkursus. Jadi, buat anggaran sendiri, berapa stok yang anak anda perlukan sepanjang ketiadaan anda. Sebagai contoh:
            Menyusu 3 jam sekali = 1 hari 8 kali menyusu
            1 sesi 4 oz, 4oz x 8kali = 32oz sehari (atau 8 pek x 4oz susu sehari)
            Kalau kursus 2 minggu, stok yang diperlukan ialah:
             14 x 8 pek of 4z ebm = 112 pek susu.
Jadi, bila dah tahu berapa stok yang perlu ditinggalkan, anda buat lah pengiraan sendiri berapa oz atau pek yang perlu anda dapat simpan setiap hari. Mungkin untuk sementara waktu anda perlu memberikan hanya 1 fresh stok buat anak anda sebagai bekalnya. (maksud saya, gunakan stok lama secara maksimum & simpan hasil perahan terbaru untuk dijadikan stok masa berkursus kelak).
            Selain itu, anda juga boleh berhubung dengan pihak urusetia kursus dan maklumkan tentang keperluan anda sebagai seorang ibu yang menyusu. Ambil maklum kemudahan yang disediakan @ tidak disediakan dan cari alternatif sekiranya ada masalah. Anda boleh dapatkan maklumat awal tentang tempat kursus tersebut supaya anda boleh merancang di mana untuk mengepam, di mana untuk menyimpan susu dan sebagainya. Dapatkan juga nasihat / pandangan kawan-kawan yang pernah menghadiri kursus yang sama / kursus lain sebelum ini. Sekiranya tempat berkursus tidak terlalu jauh dari tempat tinggal anda, mungkin anda boleh berbincang dengan suami/ ahli keluarga untuk membawa bayi berjumpa anda setiap hari atau selang 2-3 hari atau seminggu sekali (yang mana bersesuaian) supaya baby tidak nipple confuse dan juga supaya baby masih dapat merasa fresh breast milk.

Sewaktu Berkursus

Memang sedih meninggalkan anak yang masih menyusu badan sepenuhnya kan? Ibu yang tidak menyusu pun merasa sedih berjauhan dengan anak, apatah lagi kita yang menyusukan. Tapi jangan terlalu diikutkan rasa sedih itu. Fikir positif & tenangkan hati anda. Pam secara konsisten (selang  2-4 jam). Biasaya jadual kursus sama sahaja, jadi cari masa yang anda boleh gunakan untuk mengepam. (biasanya waktu break). Mungkin anda akan perlu bergesa-gesa, kejar masa dan tidak sempat untuk berehat. Namun ingatlah yang itu semua adalah pengorbanan anda, tanda kasih sayang anda buat anak tersayang. Pengorbanan itu pastinya berbaloi. Kalau boleh, minta tolong kawan unutk tapaukan makanan buat anda sekiranya anda tidak berkesempatan untuk makan. Jangan lupa bawa cooler bag untuk menyimpan hasil perahan anda. Saya cadangkan juga supaya anda bawa pam manual atau bateri. Just in case kalau tiada kemudahan plug point di tempat mengepam itu.
            Sekiranya ada masa anda tidak dapat mengepam mengikut jadual, pastikan anda masih mengepam 6-8 kali sehari. Buat power pumping seandainya berkesempatan. Percayalah cakap saya, kalau anda culas mengepam, penghasilan susu anda pasti akan berkurang. Percayalah, kerana saya pernah mengalaminya!. Cubalah sedaya upaya agar anda tetap dapat mengepam seperti biasa. Kalau perlu PIP (pump in public) pun, lakukanlah. Atau sekurang-kurangnya, pergi ke tandas sebentar dan buang sedikit susu anda. Jangan dibiarkan sehingga bengkak & susu meleleh. Bukan sahaja boleh menyebabkan susu berkurang, malah anda juga mungkin akan mengalami kesakitan yang amat akibat susu yang tersumbat.

Selepas Berkursus

Yeay!! Seronoknya dapat jumpa anak semula kan? Gunakan masa ini dengan sebaiknya. Kerapkan penyusuan secara terus (direct feeding). Sekiranya anak anda menolak untuk disusukan secara terus, mungkin dia sedang keliru puting. Usahakan agar dia mahu menyusu semula. Kerapkan sentuhan kulit ke kulit & pujuklah anak anda untuk menyusu. Jangan terlalu tertekan, berikan masa buat anda dan juga anak anda.
            Kesimpulannya, sebagai ibu menyusu yang bekerjaya, sememangnya cabaran itu akan sentiasa ada. Persiapkan mental & emosi anda untuk menghadapi cabaran ini. Sekiranya kita bersedia, insyaAllah kita pasti mampu menghadapi segala ujian mendatang. Lakukan persiapan awal dan sentiasa lah berfikiran positif. Saya yakin, kita semua mampu melakukannya. Yakinlah bahawa setiap usaha & keperitan yang kita rasai, ada ganjaran yang telah dijanjikan buat kita.
HAPPY BREASTFEEDING!!

===================================================
KEMBALI bekerja bukan alasan ibu tidak menyusukan bayi mereka. Badan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan penyusuan eksklusif kepada bayi sekurang-kurangnya sehingga enam bulan pertama dalam hidup si kecil, seharusnya menjadi galakkan ibu bekerja menyusukan bayi mereka.

Bagi majikan yang ada menyediakan tempat penjagaan bayi dan kanak-kanak di tempat kerja, waktu penyusuan mungkin tidak menimbulkan masalah, tetapi bagi majikan yang tidak menyediakan kemudahan sedemikian, ibu boleh memerah susu lantas menyimpannya untuk bekalan bayi menyusu ketika berada di tempat kerja.

Susu boleh diperah menerusi pilihan manual, menggunakan bateri dan menggunakan elektrik. Anda perlu memilih mengikut yang anda mampu, selesa dan sesuai dengan gaya hidup anda, dan paling penting ibu perlu melakukan latihan terlebih dulu, menjadikan kerja itu sesuatu yang menyeronokkan dan bukan bebanan.

Bagi teknik memerah menggunakan tangan urut payu dara perlahan-lahan, usap ke arah bawah menghala ke areola, bermula di pertengahan payu dara sambil menggerakkan ibu jari perlahan-lahan. Apabila menghampiri pinggir areola, tekan ke dalam dan ke atas, susu akan memancut keluar daripada puting susu. Ulangi gerakan ini sehingga payu dara menjadi kosong, kemudian beralih ke payu dara sebelah.

Untuk cara yang lebih mudah dan pantas, pilih pengepam yang anda selesa dan sebaiknya ibu boleh melaraskan darjah sedutan pada pam daripada sederhana hingga kuat, dengan mudah. Manual cara penggunaan seharusnya anda ketahui sebelum membelinya.

Sebelum mula memerah, basuh tangan dengan sempurna dan cuci peralatan di dalam air panas diletakkan dengan sabun, perahkan susu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Simpan susu ke dalam sejuk sejurus selepas diperah itu.

Perah susu sekerap yang boleh, setiap 3 hingga 4 jam untuk mengekalkan bekalan susu dan untuk hasil yang lebih memberangsangkan, bayangkan wajah bayi dan ingatkan diri sendiri tentang kenikmatan menjadi seorang ibu, boleh melancarkan pengeluaran.

Susu yang diperah perlu disimpan sebaik mungkin. Ada ibu yang lebih selesa membuang saja susu yang diperah itu kerana tidak pasti tahap kebersihan susu berkenaan, tetapi perasaan itu harus dibuang kerana tabiat itu kurang baik apatah lagi ia semestinya dinikmati permata hati anda.

Untuk menyediakan perahan susu untuk bayi minum, sentiasa gunakan susu yang paling awal disimpan. Letakkan bekas perahan susu ke dalam mangkuk berisi air suam untuk memanaskan susu berkenaan, jangan memasak perahan susu ibu dan jangan panaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro.

Ibu akan dapati lemak akan terpisah menjadi dua lapisan, justeru goncangkan bekas berkenaan untuk menggabungkan lemak susu dengan cecair lain di dalam susu. Rasa suhu susu dengan menitiskan beberapa titik susu di bahagian dalam pergelangan tangan dan sepatutnya suam kuku sebelum boleh dinikmati bayi anda. 

Apabila pulang ke rumah, susu berkenaan perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk diberikan kepada penjaga bayi ketika anda ke tempat kerja keesokan harinya. Susu yang disimpan sebaiknya hanya digunakan ketika ketiadaan anda di rumah. Latih penjaga bayi anda untuk menyusukan bayi menggunakan perahan susu daripada botol, sudu kecil atau cawan kecil. 

Adalah lebih baik jika bukan anda yang memberi perahan susu berkenaan kerana bayi boleh menghidu perbezaannya dan mungkin tidak mahu menyusu dari payu dara. Ambil sedikit masa untuk memastikan penjaga anda memahami perkara seperti bagaimana cara menyimpan perahan susu dan cara menyediakan susu untuk bayi. Jangan beri bayi minum air suam, susu formula atau makanan lain selain daripada perahan susu dan paling mustahak nombor telefon (anda dan suami) untuk dihubungi pada waktu kecemasan.

Tidak rugi menyusukan bayi anda kerana nikmat itu dapat anda rasai menerusi kemesraan, keseronokan dan kepuasan menjadi seorang ibu.

INFO: Menyimpan perahan susu


Simpan susu dalam jumlah yang diambil oleh bayi pada setiap kali penyusuan.


Label setiap bekas dengan tarikh, masa dan jumlah perahan.


Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.


Jangan mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam perahan susu yang sudah disimpan.


Sentiasa simpan susu di bahagian yang paling sejuk di dalam peti sejuk atau di dalam bahagian dingin beku (bukan di bahagian pintu).


Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan.

Tempoh Simpanan Susu Ibu:

Suhu Tempoh simpanan

Suhu bilik - Sehingga 8 jam

Peti sejuk 24 - 48 jam

Dingin beku (peti sejuk dua pintu) - 3 bulan

Peti sejuk beku lampau (-20) - 1 tahun

Note: Sumber Berita Harian.
=========================================================
Tip Penyusuan Badan Untuk Ibu Bekerja
By Tini Nisha Wirdas and Suzihan Ujie

Bagaimana untuk meneruskan penyusuan badan apabila kembali bekerja.
Oleh Dr Balkees Abdul Majeed, Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi

Wanita telah sentiasa bekerja, dalam sektor rasmi ataupun tidak rasmi. Jadi, bagaimanakah mereka boleh meneruskan penyusuan badan jika mereka kerja berjauhan atau tidak bersama bayi mereka?
Kebanyakan wanita akan kembali bekerja walaupun masih menyusu badan. Seseorang ibu itu perlu merancang dari awal jika ingin menyusu badan dan bekerja dengan jaya. Ibu perlu selesa dengan penyusuan badan dan yakin dengan bekalan susunya. Ini boleh dicapai dengan menyusu badan secara kerap dan eksklusif (tidak memberi cecair atau makanan lain beberapa minggu sebelum kembali bekerja). Memberi susu tiruan atau formula kepada bayi akan meyebabkan bayi kurang menyusu daripada payu dara, dan bekalan susu ibu berkurangan. Susu badan adalah penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi. Artikel 3 siri ini akan membincangkan apa yang si ibu boleh lakukan SEBELUMkembali bekerja.
Sebelum Kembali Bekerja...
Bincangkan rancangan penyusuan badan bersama majikan sebelum kembali bekerja, termasuk apa yang anda perlukan serta bagaimana majikan boleh membantu. Cuti bersalin di Malaysia adalah sekurangnya 60 hari, jadi berunding dengan majikan agar anda boleh berada di rumah selama yang boleh setelah bayi anda lahir. Anda juga boleh berbincang tentang kemungkinan bekerja separuh masa semasa beberapa minggu pertama dan kebenaran untuk 2-3 waktu rehat fleksibel pada hari kerja anda.
Berjumpa penjaga bayi anda. Bincangkan rancangan anda dan cara anda ingin bayi anda disusui semasa anda di tempat kerja. Penjaga bayi perlu faham dan sokong komitmen anda untuk menyusu badan.

• Sesetengah ibu dapat menyusu badan semasa waktu rehat makan tengahari mereka. Adakah anda boleh ke tempat bayi anda atau bayi dibawa ke tempat kerja anda?

• Sesetengah ibu inginkan bayi diberi susu perahan semasa mereka di tempat kerja. Ajar penjaga bayi anda cara menyimpan dan mengendalikan susu badan yang betul. Arahan bertulis akan banyak membantu.

• Ramai ibu suka menyusu badan sebaik sahaja mereka bersama bayi mereka. Penjaga perlu tahu masa anda dijangkakan pulang supaya tidak akan menyusu bayi sejurus sebelum kepulangan anda.

Menyusu bayi semasa ketiadaan anda. Bayi tidak semestinya perlukan botol. Memperkenalkan botol semasa beberapa minggu pertama selepas lahir hanya akan mengganggu penyusuan badan dan menjejaskan pengeluaran bekalan susu yang baik. Terdapat cara lain: dengan cawan, sudu atau cawan penyuap. Jika anda perlukan bantuan dengan kaedah penyusuan ini, hubungi kaunselor penyusuan badan atau pakar pediatrik anda. Namun, jika anda merancang untuk menyusu susu perahan menggunakan botol, mulakan selepas usia 6 minggu bagi mengelakkan keengganan payu dara dan/atau kekeliruan puting. Pastikan anda menggunakan botol yang bebas bisfenol (BPA) kerana terdapat bukti menunjukkan kimia ini boleh mengganggu tumbesaran sihat dan fungsi tubuh bayi anda.
Simpan stok susu perahan. Mula simpan susu badan diperah 2 minggu sebelum kembali bekerja. Minta bantuan si bapa atau orang lain untuk memberi bayi susu perahan. Ini membolehkan bayi mengaitkan penyusuan badan secara langsung dengan ibunya dan susu perahan dengan orang lain.
Pam payu dara untuk tempat kerja. Jika anda merancang menggunakan pam payu dara untuk memerah susu di tempat kerja, pilih pam yang paling sesuai untuk keperluan anda. Berlatih mengepam untuk menyesuaikan diri dengan cara pam berfungsi, masa diambil untuk mengepam dan apa yang anda rasa semasa mengepam.
Perihal pakaian. Pakaian dua lapis atau yang boleh dibuka di hadapan adalah lebih mudah untuk penyusuan badan atau memerah susu. Pakaian bercorak yang boleh dibasuh boleh menyorokkan bahagian yang basah akibat kebocoran susu.
Sesi percubaan. Pilih satu hari untuk cuba melihat keadaan apabila anda kembali bekerja. Sediakan diri dan bayi anda untuk hari tersebut. Susui bayi anda, tinggalkan bersama penjaga, keluar sepanjang hari dan perah atau menyusu seperti mana yang akan anda lakukan apabila kembali bekerja.

Tuesday, May 22, 2012

Jangan jadikan alasan

OUCHHHH!! BAYIKU MENGGIGIT...


Saya memang selalu mengalami masalah ini, my Aqif suke sangat menggigit.huhu....  Jadi di sini saya nak kongsikan tips cara untuk mengatasinya. (^_^)

Ramai ibu juga mengadu sering digigit bayi ketika menyusu dan hampir berputus asa utk meneruskan penyusuan eksklusif. bayi terutamanya yg baru sahaja memiliki gigi pertama cenderung menggigit puting ibunya ketika menyusu.Hal sedemikian dilakukannya bg mengurangkan rasa gatal dibhgn gusi. Bercerai susu bknlah jln penyelesaiannya.Jgn krn masalah kecil,kita tergamak memutuskan bekalan zat makanan yg penting utk pertumbuhan dan perkembangan otak si manja.

Reaksi ibu mestila sentiasa tenang.jika ibu menjerit atau menolak bayi ketika mengigit,dia mungkin akan merajuk dan tidak mahu menyusu lagi.Ini boleh menjadi penyebab dia bercerai susu selain menimbulkan trauma emosi kepadanya.


  1. Alihkan bayi drpd payudara secara perlahan-lahan sambil berkata "jgnlah gigit mama sayang" atau "ibu sakitla".Walaupun ketika itu kita mungkin naik angin.
  2. Lekapkan muka bayi kearah payudara.Ini merupakan salah satu cara.Kaedah begini secara automatik akan menyesakkannya.jika anda kerap melakukan langkah ini,lama kelamaan bayi akan faham jika dia menggigit dia akan dia akan mengalami perkara ini.
  3. Ulangi langkah pertama dan kedua sekerap mungkin bg mbolehkan bayi faham dgn mesej  yg ingin kita sampaikan.jika dia berterusan menangis,masukkan jari masukkan jari kelengkeng ibu bg membolehkannya menghisap jari ibu sblm menyuskannya sekali lagi.
  4. Seharusnya diawal sesi penyusuan ibu sendiri perlu mengelakkan diri drpd gigitan bayi.Ini dpt dilakukan dgn mengenal  pasti penyebab bayi menggigit.Adakah ia berlaku krn dia kecewakrn tidak memperolehi susu yg diingininya.
  5. Diakhir penyusuan,sekali lagi dpt mengelak diri drpd digigit dgn mengetahui samada dia suka mengigit apabila sudah mengantuk krn kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas drpd mulutnya. Jadi,ibu perlu peka dan menghentikan penyusuan dr kebiasaanya.Namun,pastikan dia benar-benar sudah kenyang!
  6. Pelajari cara dan gaya bayi menghisap. jika dia masih kecil fahamila,bahawa dia masih dlm proses pembelajaran utk menyusu dgn betul.Sebetulnya ibu sendiri perlu mberikan keselesaan kpdnya ketika menyusu.Betulkan posisi ketika menyusu.
  7. Periksa dan teliti corak pernafasannya.Jika bayi anda selsema atau hidungnya tersumbat keadaan ini memberi kesan kpd cara dia menghisap dan boleh menyebabkannya menggigit.
  8. Berikan bayi sesuatu yg boleh digigitnya sebelum dan diantara waktu menyusu.gunakan teether,mainan beku ataupun tuala kecil yg telah dibekukan.Kesemuanya sgt bagus utk digunakan sbg alternatif mengelakkan diri drpd terus digigit bayi.Alat-alat ini dpt memenuhi keperluannya yg ingin  menyunyah sesuatu bg menghilangkan kegatalan gusinya.

Monday, May 21, 2012

Rezeki buat anakku.

As Salam...

Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita dan pengalaman saya sendiri  iaitu satu anugerah yang sangat bernilai buat putera saya Muhammad Aiman Aqif dan sudah tentu untuk adik-adiknya juga, InsyaALLAH.  Sudah tentunya susuku @ susu ibu.  Betapa TERBAIKNYA susu ibu ni sehinggakan terlalu banyak kebaikannya untuk anakku.  Saya pun tak tahu kenapa saya sangat bersemangat tuk menyusukan Aqif sepenuhnya dan yakin dapat menyusukan sepenuhnya selama dua tahun,InsyaALLAH.  Sepanjang pemerhatian saya pada Aqif, Aqif jarang sangat demam dan perkembangan Aqif sangat cepat berbanding anak kawan-kawan saya yang lain.  Seingat saya dari usia Aqif 1 sehingga 7 bulan Aqif hanya demam sebanyak dua kali dan setiap kali demam hanya akan demam selama 1 setengah hari.  Begitu juga kalau Aqif mendapat suntikan vaksin di klinik, saya memang tak pernah risau dan tak perlukan persediaan jika Aqif akan demam sebab lepas cucuk Aqif memang 'cornfirm' tak kan demam. hebatkan antibodi Aqif!  Ini seme kerana susuku.hehe... 
                   
Saya tak pernah terfikir saya bagi susu badan pada Aqif semata-mata untuk jimat,tapi salah satunya memang betul, bayangkan Aqif dah 10 bulan pada 26 Mei 2012 kalau beli susu formula sudah tentu banyak wang di belanjakan untuk susu sahaja dah la Aqif suka minum susu Alhamdullilah sekali lagi saya bersyukur kerana di murahkan rezeki buat Aqif kerana susu saya memang banyak. :)
                     
Saya juga berasa bertuah sangat kalau orang lain sibuk susah hati lepas beranak nak dapatkan berat badan anak dara semula, tapi saya tak ok!hehe. Sebab saya memang dah dapat balik berat badan masa saya zaman sekolah menengah dulu.hehe...  Bila orang tanya kenapa kurus sangat selamba je saya jawab Aqif yang sedut.hehe... 
                   
Minggu lepas pulak ada kejadian yang tidak diingini terjadi. Balik keje macam biasa, ambik Aqif kat taska. Tetibe penyelia taska bagitaw taska terpaksa di tutup selama seminggu sebab ada kes kanak-kanak terkena jangkitan virus kaki,tangan dan mulut. Saya sangat-sangat risau, tapi Alhamdullilah Aqif tak berjangkit dengan kawan die,sedangkan kanak-kanak tersebut adalah kawan Aqif yang duduk berhampiran dengan Aqif dan satu bilik dengan Aqif. Hebatkan susu ibu ku ni! hehe....

Saya sangat berbangga kerana di usia muda saya telah sedar bahawa susu ibu sangat banyak khasiatnya. Alhamdullilah... sehingga kini saya tak jemu-jemu mentelaah tentang susu ibu.  Saya juga kadang-kadang menjadi tempat rujukan untuk kawan-kawan saya yang baru berjinak-jinak ke dalam dunia susu ibu ni, tahniah buat mereka kerana tuju ke jalan yang tepat.koya.hehe...

Saya sangat sedih bila melawat kawan-kawan yang baru bersalin, anak mereka telah diberikan susu formula sedangkan susu ibu mereka masih ada kenapa perlu campur?  Mereka sepatutnya perlu sedar susu ibu adalah hak anak, tapi apa kan daya saya hanya mampu melihat dan mendiamkan diri sahaja.  Alhamdullilah sehingga sekarang Aqif tak pernah kenal dan rasa apa itu susu formula,  dan Aqif juga tak pernah kenal dan rasa apa itu nestum.  Saya lebih suka menyuapkan Aqif bubur, dan itu adalah salah satu kasih sayang yang di berikan buat Aqif.  Semoga Aqif menjadi anak yang soleh dan bijak kelak. InsyaALLAH.... (^_^)

                          
 

Friday, May 18, 2012

anak teruna ummie yang semakin membesar

Assalamualaikum w.b.t...

Dah lame la tak story mory...hehe. Seronok sgt rasa bile melihat perkembangan anak teruna ku sorang ni yg makin membesar. Sedar tak sedar dh hampir 10 bulan makin lama makin besar dan makin bijak anak ummie nie, keletahnya sangat melucukan.Comel je  anak ummie ni cptny mase brlalu rase Aqif baru je lahir ke dunia ni.  Aktiviti Aqif bersama abahnya, ummieny faham-faham jela sibuk memanjang ngn keje umah.hehe...
sejak pandai duduk nie,siap duduk atas kerusi tak tahan tu
buka buku dulu

selak selak

macam xbape faham je syg...hehe

faham dah kot...hehe.


Friday, May 4, 2012

Luahan Anak Yang Tidak Didengari Sesiapa



Hari ini hari Jumaat penghulu segala hari....  Saya ingin kongsi kan sedikit ilmu untuk di amalkan ibu bapa semua.

LUAHAN ANAK YANG TIDAK DIDENGARI SESIAPA

 Seorang anak mempunyai isi hati yang mana kadang-kadang beliau sendiri tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata apakah maksud luahan hatinya itu. Mahu tidak mahu kita perlu memahami isi hatinya supaya dapat membentuk anak-anak kita dengan acuan yang betul.
Sikap anak-anak tidak sama. Namun isi hati mereka mungkin tidak jauh berbeza. Di sini disenaraikan 11 luahan hati anak yang mereka sendiri tidak mampu mengucapkannya.

11 Isi Hati Anak yang Tidak Terucap kepada ibu bapa : ~
1. Cintailah aku sepenuh hatimu.
2. Aku ingin jadi diri sendiri, maka hargailah aku.
3. Cubalah mengerti aku dan cara belajarku.
4. Jangan marahi aku di hadapan orang ramai.
5. Jangan bandingkan aku dengan kakak dan adikku.
6. Ayah-ibu, jangan lupa, aku adalah fotocopimu.
7. Semakin hari umurku bertambah, maka jangan anggap aku berterusan  anak kecil.
8. Biarkan aku mencuba, beritahu saja bila aku salah.
9. Jangan membuatku bingung, maka tegaslah padaku.
10. Jangan suka mengungkit kesalahan-kesalahanku.
11. Aku adalah ladang pahala bagimu.

Thursday, May 3, 2012


Rezeki Alif Afham (^_^)

Assalamualaikum....

Hai...ad cite yg sgt menarik. Alhamdullilah pada 30 April 2012 saya telah ada anak susuan... sgt2 happy sebab dapat juga capai impian saya untuk ada anak susuan sendiri.  Baby boy jgk,name dia Alif Afham.... beza umur ngn Aqif cume muda 3bln. A.Am adalah gelaran yang diberikan oleh mamany. Sebab2 saya nak ada anak susuan sbb pengaruh2 rkn2 FB.hehe... Sebab lain jgk sbb susu Aqif sgt bnyk,dan raseny lebih baik di kongsi dgn insan2 comel yg lain kn? Xsalahkn? sharing is caring. (^_^).  A.Am merupakan anak kawan saya sendiri,jadi saya xrisau sgt la kn kalau dewasa nanti kalau trjadi pape.  Syukur sgt2 jgk sbb suami izinkan untuk susukn A.Am,sronok tak terhingga... :)


Ini la anak susuanku,yg sebelah kanan tu. Si Aqif ni malu2 plak ngn A.Am..hehe.



anak ummie dan abah


 Alhamdullilah... pada 26 Julai 2011 (6.07 pm) aku telah selamat melahirkan zuriat pertamaku yang di beri nama Muhammad Aiman Aqif.

hari pertama melihat dunia.... (^_^)
sy dh pndi senyum...comelx sy. :)
hehe... sy dh pndai meniarap.ckup 2bln setengah dh leh meniarap anak ummi nie.
hihi...hebatx saya?  mcm burung nk terbangkn. dh pndai mengesot.



Wednesday, May 2, 2012

My BF Journey for Muhammad Aiman Aqif (^_^)

Alhamdullilah dari Aqif seusia 1 hari sehinggala sekarang Aqif berusia 9bln. Aqif masih lagi minum susu ibu sepenuhny, dgn kata lain susuku la.hehe... Betapa murahny rezeki Aqif sehingga die xpernah dan xkenal apa itu susu formula. Rezeki...rezeki. saya nak kongsikan di sini antara hasil2 susu perahan susuku.hehe... cm malu la plak.


ini plak breastpump kesayangan hambe...hehe. memg bnyk brjasa pada ku dan ankku... my bestfriend.hihi...
ni plak my deep freezer... setelah usia Aiman Aqif 5bln bru la trpaksa beli deep freezer ni sbb,peti 2 pintu yg ad memg xleh nk menampung susu yg sgt bnyk. kebabo melyg rm550.hehe... xpela... abaikan wang ringgit demi yg tebaik tuk anakku trsyg. :)

nak jugak ad blog... ahak!

as salam...

gara-gara terpengaruh ngn kakakku si umie echah... aku pn nk jgk ad blog. nk wt ap pn xtaw le.... nt updated lg la.huhu....