Monday, June 18, 2012

Aqif Menaaaang!!! (^_^)

Kecik-kecik dah ada hari sukan... sampai Aqif dewasa bape kali sukan la agaknya Aqif join.hehe... Kalau zaman ummie nya dulu dah masuk tadika baru ada hari sukan. Tapi zaman dah berubah lagipun ibu bekerjaya kan terpaksa la hantar anak gi taska, sebab tu umur Aqif baru 10 bulan dah ada hari sukan. Kali ni Aqif join satu acara je, ala kecik lagi kan tak kan la masuk lumba lari 100 meter pulak kan.hehe... Acara sukan Aqif, mungkin bagi Aqif senang je tapi bagi baby-baby seusia dengan dia tak tahu la kan. Nak tahu acara apa... jeng...jeng...jeng. Jom tengok gambor...haha.

Aqif baru bagun tito... mujur mood ok!hehe...

lambatny acara saya nie... ambik gambo dulu la.hehe...

 baru start... bermula dengan acara perarakan perserta. vouge taw adik yang pegang sepanduk ni.hehe




acara yang ditunggu-tunggu telah tiba. selepas acara baby 3 - 7 bulan iaitu pakaian seragam (lupe ambik gambo) kini tiba la acara Ummie dan Aqif.


iaitu acara Mengecam Suara Ibu...tapi sayang Abah Aqif terlebih excited dua gambo je Abah ambik.huhu...

 jangan tak caye Aqif juara.hehe... Teror la anak ummie nie! (^_^) kembang kejap Ummie nya.hehe...

Beraksi dengan hadiah kemenangan.


 gigit sikit...bukan emas betol la Ummie.hehe...


dah jadi juara kena lah bagi upah kan...hehe. NIP di hari sukan Aqif. :)

ni plak acara bebas namanye...budak-budak kena la ikut mood dieorang ni. biarkan je nak buat apa, kalau tak nanti dieorang boring.hehe...




ni la hadiah  yang Aqif dapat, tipuware aje. Alhamdullilah walaupun kecik dan seberapa, tapi saya rasa mungkin sangat bermakna buat Aqif. (^_^)


tu jela kisah Aqif di hari sukannya..hehe. Sebagai ummie dan abahnya mestila suka kan Aqif kan anak pertama kami. Tahniah Aqif jadi juara walaupun acara yang simple, tapi sebab Aqif baru umur 10 bulan of coz la ummie dan abah bangga! Sayang anak ummie muaah...muaah! (^_^)

Thursday, June 14, 2012

Persediaan Menjelang Ramadhan....

Assalamualaikum w.b.t.

Makin dekat dah kite dengan bulan Ramadhan.  Saya sekarang memang tengah pulun menggantikan puasa yang saya tinggal pada tahun lepas, sebab berpantang dalam bulan puasa. Huhu...  Memang sukar yang amat sangat untuk bayor puasa ni, tak tahu la kenapa.hehe... 

Tambahan pula saya ni nyusu badan sepenuhnya untuk anak saya.  Tapi saya cuba jugak untuk ganti puasa.  Di sini saya nak kongsikan tips bagaimana persediaan bagi ibu yang menyusukan badan.  Antaranya adalah, bangun mestila kena awal sebab nak bersahurkan.hehe... Besenya saya akan bangun pada jam 5.00 pagi, tapi sebelum tido dah masak nasi siap-siap la. Bangun sahur makan je...

Apa yang saya makan adalah mesti wajib makan nasi, kemudian kurma, susu, vitamin-vitamin shaklee dan air masak yang sangat banyak. InsyaALLAH bila sehari berpuasa ketahanan badan kita sangat kuat, yelakan sebab waktu kerja kene pam tiga kali.huhu...Bagi saya paling penting adalah perlu minum air masak yang banyak, iaitu 3 liter sehari.

Kalau bukan bulan puasa pula, saya makan enam kali sehari. Iaitu sebelum pergi kerja mesti minum susu dan makan kurma.  Kemudian makan pagi macam biasa tak kisah la nasi goreng ke, nasi lemak ke atau mee goreng.  Kemudian pukul 10 pagi makan pulak lagi, mesti perlu makan sebab baru lepas pam susu.  Makan tengahari pulak pukul 1 tengahari.hehe... mestila makan nasi jugak kan.  Kemudian pukul 3 petang, makan pula biskut dengan air panas (milo/nescafe)... baru lepas pam la katakan.hehe.  Makan malam pukul 8, sama ada nasi berlauk atau masakan panas.  Seterusnya last sekali sebelum tidur minum susu dan makan biskut kering, makan untuk kali terakhir dalam sehari.hehe... 

Tapi tula makan banyak mana pun badan I tetap maintain u all's.hehe...  Ibu BF nie memang tak payah susah-susah nak jaga badan sebab, kalori dalam badan memang cepat di bakar.hehe... untungkan tak payah nak pergi slimming centre bagai. Alhamdullilah.  (^_^)

Monday, June 11, 2012

Kisahnya seorang Pramugari yang hebat

 Asslamualaikum w.b.t.

Sekali lagi saya ingin meminjam entri ini dari idola dan mentor saya kak Aqeela Zaidee. Cerita yang sangat menarik dan saya sangat bangga dengan sis nie. I'm proud of you sis! Jom baca kisah Pramugari Mas Aini Wardiah nie! :)


Saya tidak pernah bertemu empat mata bersamanya. Semuanya berlaku di alam maya. Internet yang menghubungkan kami. Walaupun kami hanya teman maya, tapi saya yakin dengan pengiktirafan saya bahawa beliau ibu yang hebat. Saya akan menitis airmata apabila membaca catatan ceritanya.


Beliau adalah Aini wardiah, pramugari MAS. Ibu kepada Ariff Ziyad yang sekarang sudah menjangkau 1 tahun. Perjalanan penyusuan susu ibu untuk wanita ini sungguh mencabar dengan kerjaya seorang pramugari. Namun ia biasa lakukan demi Ziyad tersayang... 

 


tengoklah si bijak, Ziyad ni..mesti dia nak ikut juga ibunya...
kadang2 berat hati nak tinggalkan anak di rumah pengasuh, padahal opis dekat shj. tapi ibu muda ini, meninggalkan anaknya beribu batu untuk tempoh yang berhari2 dan kadang2 mencecah minggu.. hu3 sedihnya saya...

Perjalanan BF ibu ini sungguh mencabar. Anda bayangkan tugas pramugari yang selalu terpaksa meninggalkan keluarga beribu batu. Ya Allah.

Aini dan suaminya mempunyai rumah di KL. Tetapi Ziyad ni dihantar ke Penang, rumah ibubapa Aini. Ziyad dijaga sepenuhnya oleh keluarga Aini.. Jadi kurang sedikitlah kegalauan di hati bila ahli keluarga yang menjaga anak ni kan...

Anda bayangkan..
Apabila selesai tugas sebagai pramugari, Aini akan mendapat cuti. Kemudian, dia akan segera pulang ke Penang bagi melepaskan rindu didadanya untuk Ziyad tercinta. Cuti pula tak tentu. ada rezeki, dapatlah 5 hari. Bayangkanlah, si anak ini..walaupun jarang bertemu, bermain, berpeluk, mencium ibunya, dia tetap kenal siapa ibunya. kerana susu ibu itu penghubungnya. Ziyad akan berlari untuk terkam ibunya.. tak berlari, merangkak..

Habis tempoh 5 hari, si ibu akan berlepas pulang ke KL. Suami Aini pesan, jangan dibawa Ziyad tu ke airport. takut nanti dia menangis. Bukan setakat anak, ibu pun menangis. Tapi atuknya memujuk si ibu dan ayah supaya bawa jugaklah si Ziyad ni. Nanti dia lama tak jumpa ibu dan ayahnya. Jadi, sepanjang dalam perjalanan ke airport, Ziyad ni melekap je dalam dakapan ibu dan Aini menyusukan anaknya walaupun suami menghalang ( sebab Ziyad ni, kalau dah minum susu, dia dapat tenaga baru. nanti terus dia berjaga he3..cutenye ). Tapi kalau saya di tempat Aini juga, saya akan lakukan perkara yang sama. Lama pulak nanti dia nak dapat direct feeding tu sebab ibu dah tiada disisi. Mungkin Ziyad dapat merasakan bahawa dia bakal ditinggalkan lagi..
Jadi bila dah sampai airport, cepat2 Aini dan suami bergegas pergi. sebab taknak nanti menangis depan anak dan taknak tengok anak menangis di depannya. yang si Ziyad pula terpinga2 sebab tiba2 mak ayah dia pergi. T_T

Bayangkanlah adakalanya tidak bertemu dengan Ziyad 2minggu. Aduhh tak terbayangnya saya...

Apabila berjauhan dengan si anak, si ibu tetap gigih melaksanakan tugasnya. walaupun ia amat mencabar buatnya. Jadi si ibu terpaksa memerah sepanjang hari sebab tiada anak disisi untuk direct feeding. Hendak memerah/mengepam di atas flight, sungguh mencabar. Sebab airlines ni memang tidak menyokong BF. jadi, nak excuse untuk mengepam, tidaklah semudah yang disangka. Semua crew perlu bersiap siaga selalu kerana semua penumpang diletakkan dibawah tangungjawab mereka ( Kalau terjadi kebakaran, orang sakit jantung, orang pengsan, orang nak bersalin di dalam kapal terbang, semua tanggungjawab derang. nampak tugas pramugari ni macam glamer. tapi hakikanya..... ) Apabila penumpang sudah berehat, sudah tidur atau lena, waktu nilah masa yang digunakan si ibu untuk memerah/mengepam susu. Si ibu pula tiada tempat lain untuk melaksanakan tugasnya melainkan di dalam tandas. No Choice..adakala bila keadaan terdesak, terpaksa melakukannya di tempat begini walaupun jauh di lubuk hati nak mendapatkan tempat yang lebih bersih dan selesa. Kita tawakallah shj. 

Si ibu pernah hendak memerah/mengepam di kala kapal terbang melalui Lautan Hindi. Masa tengah bersiap untuk membuat projek tu, kapal terbang bergegar. Sebab cuaca yang buruk dan angin Lautan Hindi yang kuat. Panik si ibu dibuatnya. Tengah nak buat projek, dah mcm nak gempa bumi. Kemudian Kapten dah arahkan semua crew balik semula ke tempat masing2. Tak jadilah misinya tadi.
Penerbangan ini tidak menentu. Kadang2 membuatkan mereka jadi zombie. nak menghadap jet lag lagi. pagi di Malaysia, petang sudah di Maldives. Kemudian terbang semula ke Malaysia. 

Sehingga satu tahap, apabila si ibu sampai di rumah/penginapan, tersenguk2 mengepam. sambil tertidur. Walaupun mata dah terlampau berat, badan dan super penat, namun si ibu tak pernah lupa hak si anak di Penang sana. Kemudian, tidur pun bukanlah boleh lama2. sebab kalau tak mengepam susu 3 atau 4 jam sekali, mau keras breast dibuatnya akibat penuh. Again..dengan kemamaian, mengepam lah lagi.

Ada masa, si ibu ini..breakfast di KL, lunch di Kota Kinabalu, dinner di Kuching.  Ke sana-sini badan melayang hu3 
Kemudian menjalankan tugas sebagai crew di kala musim cuti sekolah, ohh sangatlah penuh seat dalam flight. lagi banyak passenger, lagi banyak tangunggjawab yang perlu dipikul. hingga ke satu situasi, si ibu tak sempat nak makan apetah lagi untuk mengepam. kerana terlampau sibuk berjam2. engorge dibuatnya.. pada waktu itu, dia terasa, sukarnya pramugari utk berjaya dlm BF. tapi dia masih belum berputus asa. 

Saya bertanya pada si ibu, kenapa memilih untuk BF anak sedangkan tugas begitu mencabar ?
Jawapannya, cuba bayangkan, anak saya hanya mempunyai masa yang amat terhad bersama ibunya . dia sentiasa bersama penjaga dia. Apekah kalau saya tidak menyusukan dia, dia akan kenal siapa saya ? Susu saya sahaja nilah yang menghubungkan diantara saya dan anak walaupun saya tidak bersamanya..
Anda tahu apa yang berlaku pada saya di depan skrin ini ???
Menitik air mata saya... Anda begitu mulia, duhai ibu.

keadaan terpaksa apabila cooler bag sudah penuh dengan stok. gunakan apa yang ada supaya susu ini dapat bertahan sementara waktu.  kreatifnya si ibu...


stok buat Ziyad tersayang...
 
 
yang ni stok susu yang diperah semasa bertugas. Dibungkus2 untuk dibawa balik ke Penang. 

 
kaedah si ibu nak mengekalkan suhu susu beku. gunakan ice pack kecik.
 
kejayaan si ibu melaksanakan misinya untuk Ziyad sayang
Sumber : Baitulmusleem Az-zaidee

Sambungan... My BF Journey.

Assalamualaikum w.b.t... 

Alhamdullilah dah hampir setahun aku berjaya susukan puteraku, InsyaALLAH pada 26 Julai 2012.  Sangat-sangat gembira dan bangga! yabedabedu.  Ingin saya undur kembali masa bagaimana boleh "terjebak" ingin menyusukan Aqif sepenuhnya dengan susu ibu... ten..ten..ten.  

Bermula la al-kisah... taiyib(versi Pendekar Bujang Lapok).hehe... Seingat saya masa tu saya masih bujang tratantangtang u all's, tahun 2009. Saya ada seorang officemate iaitu yang sangat baik dengan saya bagaikan seorang kakak, I kan muda.hehe...  Masa tu dia baru dapat 2nd baby, pastu dia memang nak fully BF baby die sebab anak pertama dia, dia tak berjaya.  Jadinya tiap-tiap hari la dia tumpang pam susu dalam bilik saya, al-maklumla walaupun saya ni kumpulan sokongan je tapi saya ada bilik u all's, PA kan memang la ada bilik tapi kecik jela.  Pada masa yang sama hari-hari dia bercerita dan saya pun banyak la tanya itu dan ini, tetibe eh! saya cakap macam nie ok la kak nanti saya dah kahwin dan bila dah ada anak saya pun nak fully BF gak. Padahal masa tu boyfriend pun tak ada lagi, sedihkan umur dah 23 tahun masa tu tapi tak laku-laku lagi.hehe...

Alhamdullilah segala-galanya kerja Allah s.w.t pada pertengahan 2010 saya tengah hangat bercinta dan family pun suruh langsungkan dengan segera,  cinta kilat beb! ko ada?haha... Semuanya berlaku dengan pantas sesangat, Ogos bertunang dan Oktober terus kahwin. best giler u all's..hehe.  Syukur sangat-sangat segala-galanya dipermudahkan dari bertunang sehinggala saya berkahwin, sebulan lepas berkahwin dah ada hasil rupanya Alhamdullilah Ya Allah murahnya rezeki ku sangat-sangat tak sangka secepat itu. Dah la yang kelakornya (Pekan habiiss) tak tahu ngandung, pastu masa tak tahu ngandung tu la ngidam macam-macam, siap makan jeruk macam makan nasi.hehe... 

Pastu bermulala fasa bergelar bakal ibu, saat-saat yang sangat indah saya memang terlalu menjaga kandungan dan diri saya sendiri.  Bersyukur jugak sebab saya langsung tak de sedikit pun alahan dan mengidam yang pelik-pelik.  Bertuah suamiku...tahniah Sayang!

Masa kandungan berusia 6 bulan, saya dah bersedia macam-macam barang baby, baby 1st ko harusla excited giler!hehe... termasukla brestpump, masa tu memang teringin brestpump brand Medela Freestyle (FS) memang femes la brestpum tu sampai la sekarang sebab kecik comel dan ringan tapiiiiiiiiii.... mahal sangat ribu riban tak mampu (RM1888.00).  Tapi tak pela beli jela Spectra 3, ambikla harga pakej nya, itu pun dah cukup mahal bagi saya iaitu RM 560.00 taw! Tak pela, niat yang penting nak menyusukan anakku sepenuhnya dengan susu ibu.  

Semakin hari kandungan semakin besar,  masa gi check-up nurse tanya nanti baby dah lahir nak bagi susu apa?  Saya dengan yakinnya, InsyaALLAH susu ibu nurse.  'Okeyla saya nak pesan nanti bila dah bersalin, bagi taw suami siap-siap nak susukan baby dengan susu ibu, kalau baby nangis ke apa tetibe tak kira la mak awak atau mak mertua cakap budak tu tak kenyang la tu gi la beli susu tepung, susu ko tu tak berapa nak ada. Masa tu suami mainkan peranan yang penting, suami perlu support awak ingat taw pesan kat suami!' Sampai sekarang saya masih ingat pesan nurse yang cantik tuk.hehe...

Tanggal 26 Julai 2011 saya selamat melahirkan baby yang cukup comel beratnya pun boleh tahan 3.9 kg secara normal. Alhamdullilah, saya berpantang sepenuhnya di rumah mak saya, mak saya tak de la cakap macam tu pun, sama la dengan mak mertua saya. Bertuah kan saya! Rezeki lagi... Mujurla saya tidak di psikologi dengan orang sekeliling yang negatif pasal susu ibu nie, tapi kalau saya menghadapinya pun saya tetap buat tak tahu je, tetap dengan pendirian saya selagi suami menghalalkan cara saya tu. Thanx sayang....

Lepas dah cukup 3 bulan, dah habis cuti panjang...hehe. Tak bestnya kene kerja, tinggalkan baby tapi nak buat macam mana pengorbanan kan dah fitrah hidup. Alhamdullilah hari pertama kerja semenya okey tapi tula tetibe buat kerja lembap yela cuti lama sangat. Bersyukur sangat, saya dapat bos yang sangat memahami, yela kan nak pam susu ambik masa 15-20 minit tapi bos saya tak kisah, bagitaw jela dia okey je.

Sehinggala sekarang saya masih lagi terus usahakan projek tenusu saya ni, walaupun baby Aqif dah nak setahun tapi projek mengepam tetap berterusan sehinggal Aqif berusia 2 tahun InsyaALLAH.  Bila join mana-mana blog@FB pasal BF ni, dieorang tanya saya umur saya berapa saya bagitaw la umur saya baru 25 tahun (1 November 2012), bagusnya awak muda-muda dah ada ilmu BF. Alhamdullilah, saya dulu kosong jugak pasal ilmu BF ni, tapi tula kita nie kena la rajin membaca dan bila tak tahu tanya la pada yang pakar. hehe... 

Saya memang bangga dengan diri saya sendiri, dan saya memang tak sangka sejauh ni perjalanan BF saya walaupun baru nak masuk 12 bulan, tapi bagi saya dah terlalu jauh. Sebab ramai jugak ibu-ibu lain tidak dapat apa yang saya capai ni.  Memang menyusu badan nie sangat-sangat la penat, perlu banyak sabar dan kadang-kadang stress. Tapi Alhamdullilah saya tak mudah mengalah sedikit pun, bagi saya kalau orang lain boleh kenapa saya tak boleh? 

Hari - hari rutin saya adalah memang sangat-sangat memenatkan, tapi tula saya tak kisah nye pun. hehe.. Jadual mengepam paling saya jaga, supaya tak tertinggal jadual mengepam saya tu. Sehari 3kali je. Pukul 7 pagi (dalam kereta), pukul 10.30 pagi (di pejabat) dan pukul 3.30 petang (di pejabat).  Tapi saya tak nafikan kalau perlu hadir berkursus, saya tertinggal jugak jadual mengepam saya tu, jadi 2 kali je.  Mudah je sebab saya pun mengepam guna pam elektrik, kecuali dalam kereta la guna pam manual. Alhamdullilah saya tak pernah jemu, walaupun kadang-kadang memang ada terdetik malasnya mengepam tapi kejap je benda tu. Kita perlu jadi kuat, diri sendiri la penguat saya bila fikirkan mahu yang terbaik untuk anak. 

Saya juga jadi tempat rujukan untuk rakan-rakan saya, sangat-sangat terharu ada jugak orang tanya saya, sedangkan baru tak sampi setahun menyusu badan. Alhamdullilah ilmu perlu di kongsi bersama.  

Saat yang paling berharga adalah saat bila bersama Aqif,  sangat-sangat mahal saat tu bila susukan Aqif sudah tentu pandangan mata dia ke arah saya. Bahagianya... nak-nak bila balik kerja, memang hilang penat bila menyusukan Aqif. Masa tula saya bertinteraksi dengan dia, nanti bila Aqif dah besar sudah pasti saya sangat-sangat merindui saat-saat itu.  Walaupun kadang-kadang kena selalu gigit dengan dia, tapi tahan jela.hehe...

Dari segi wang ringgit juga saya banyak jimat, tapi itu bukan tujuan utama saya untuk menyusukan Aqif sepenuhnya.  Walaupun pada permulaannya menggunakan banyak wang tapi saya tak pernah langsung berkira untuk beli brestpump+botol-botol storage yang banyak+deep freezer+beg storage+susu untuk saya minum+supplement untuk saya makan bagi ketahanan badan saya = jumlah sangat-sangat la banyak yang perlu dibelanjakan, tapi bukan la perlu di beli selalu hanya beberapa kali je.hehe...

Aqif sangat kuat minum susu, syukur Alhamdullilah susu saya banyak dan terlebih cukup untuk Aqif, sehinggakan saya dan suami bersetuju untuk mengambil anak susuan bagi berkongsi anugerah Allah s.w.t yang sangat mahal ni.  Saya yang teringin sangat sebab susu yang ada terlalu banyak, bagi mengelakkan di buang begitu sahaja.  Tak salah kan, thanx jugak buat Alif Afham sebab sudi minum susu ummie. 

Saya rasa cerita saya ini boleh di jadikan panduan dan rujukan untuk rakan-rakan yang membaca blog saya ini, nanti saya cerita lagi ye. Thanx u all's sudi baca. (^_^)

Saturday, June 9, 2012

Cekal...Tabah...Sabar.

As Salam.

Saya ingin berkongsi cerita yang indah.  Tahniah buat kepada semua yang bergelar Mak/ibu/ummi/mummy/mama sebab mereka ini adalah insan yang sangat tabah,sabar,cekal tak tahu nak gelar apa lagi. Setelah bergelar ummie barula saya faham perasaannya macam mana. Saya sangat bangga dengan emak saya, mana tak nya dapat membesarkan anak-anaknya seramai 8 orang, sangat-sangat hebat.  Saya baru anak seorang pun dah merungut itu dan ini.huhu....

Saya nak kongsikan kehidupan saya yang merupakan seorang isteri+ummie+suri rumah dan staff gomen.  Sangat-sangat mencabar kerja saya seharian.  Bangun dari seawal jam 5 pagi untuk menyiapkan segala-galanya, rasa masa memang tak cukup.  Bangun-bangun terus buat kerja sediakan bekal untuk Aqif bawak ke taska, siapkan beg baju dia, beg brestpump saya. Sharp 6.45pagi kuar rumah.  Balik rumah terus masak,basuh botol-botol dan bekas makanan Aqif, basuh baju. Solat Maghrib kejap,sambung plak makan malam, gosok baju, jemur baju. Tapi Alhamdullilah seme nye keje mudah sebab guna peralatan elektrik, tak macam emak saya dulu, angkut air perigi, basuh baju dengan tangan. Hebatnya emak saya... :(

Alhamdullilah sangat-sangat suami banyak membantu mandikan Aqif, suapkan Aqif makanan dan bermain dengan Aqif masa ummie buat kerja. Okla kan?hehe... Tapi tak macam arwah Walid saya dulu, langsung tak tolong emak saya, tapi emak saya tak merungut. Emak saya langsung tak kisah sebab itu memang cara arwah Walid saya. Tahniah Bonda! :)

Alhamdullilah saya tak pernah stress dengan kerja-kerja dan tugas-tugas saya tu.  Sebab saya ni adalah ibu yang menyusukan Aqif dengan susu badan yang tegar.hehe... Alhamdullilah jugak saya tak suka Aqif makan nestum sebab tu la saya rela bangun pagi tuk sediakan bubur untuk Aqif bekal kat taska.  Air tangan ummie kan...mahal tu beb!hehe... Ala bukan susah pun, sebab menu Aqif sangat mudah, dia cuma makan ikan je, saya kukus ikan banyak-banyak pastu simpan dalam peti ais,pastu pagi-pagi bakar jela. Dan sayur pulak celur je sikit dengan air panas. Mudah kan!

Saya pun dah jarang menonton tv di malam hari, sebab rehatkan diri.  Ibu yang nyusu badan perlukan rehat yang cukup. Kadang-kadang tu lepas Maghrib kompom saya akan tido kejap, sebab penat sangat pastu saya akan bangun balik tak kira la 2,3 pagi pun sambung buat kerja. Dah jadi kebiasaan buat saya. Alhamdullilah... (^_^)

Bagi saya masing-masing ada pendapat masing-masing, tapi bagi saya selagi saya mampu untuk lakukan yang terbaik untuk Aqif saya tetap akan cuba buat. Kalau ibu-ibu kita boleh buat lebih lagi dari apa yang kita buat sekarang kenapa tidak kita, anak kan amanah Allah s.w.t dan tanggunjawab kita.

Tepuk dada tanya selera. (^_^)




Thursday, June 7, 2012

10 Perkara Yang Boleh Menggagalkan Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya

Anda mungkin akan gagal dalam cita-cita anda untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya JIKA:

1) Tiada keyakinan - KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda speenuhnya. YAKIN yang anda mampu menyusukan bayi sehingga 2 tahun, YAKIN yang anda mampu menangani sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan mengalah.

2) Kurang ilmu - Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.

3) Tidak bersungguh-sungguh - Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, x larat mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.

4) Tiada sokongan suami - Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk menjayakan penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana pun, keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.

5) Cepat putus asa - Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka cita-cita tidak akan kesampaian.

6) Tidak bersedia - Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi terutamanya untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.

7) Tidak kisah - Ramai ibu yang tahu tetang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.

8) Tidak jaga pemakanan - Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.

9) Stress - Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus asa. Jadi bertenanglah... kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa ingat anak yang tersayang.

10) Kurang berdoa pada-Nya - Ingatlah, rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki milik Allah. Jadi jika nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah kepada pemilik-Nya. 

✿ Jom ibu-ibu... berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita. Apa yang kurang, kita baiki.. Chayok2!! ✿ (^_^)

Tuesday, June 5, 2012

Pilot yang fully BF.

As Salam....

Bestny baca blog idolaku Sis Aqeelah Zaidee. Dia memang idola dan mentor saya dalam Brestfeeding.  Di sini saya nak kongsikan dari entri beliau iaitu berkenaan seorang Kapten@Pilot yang dapat dan berjaya fully BF! Solute la beb! Bacela.... (^_^)

Setelah sekian lama saya menunggu gambar daripada pilot kita yang sorang ni, baru ini saya dapat melihat gambar2nya. teruja saya dibuatnya sebab saya memang suka dengan perjalanan BF beliau sebagai seorang juruterbang wanita TUDM. itulah dia Kapten Siti Suraida... Dalam karier askar ni tidak ramai yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya. Lagi2 yang bekerja di luar, macam kapten kita seorang ni. terbang ke sana-sini membawa kapal terbang. 

 

slot dari Kapten... kisah yang superb!!

Saya penah menjemput beliau dalam sesi perkongsian kisah beliau semasa Program Seni Penyusuan Susu Ibu bagi Wanita Bekerjaya peringkat DBKL..  Sungguh cerita beliau sangat mengujakan. Kalau dahulu beliau menggunakan Spectra 3. Kenangan terkejar-kejar apabila 'flight' dah landing, mesti menjadi memori terindah. Berlari2 ke bilik air airport untuk mencari suis bagi memerah susu dengan masa yang terhad.. Keadaan terpaksa, tiada pilihan lain.

Akhirnya, disebabkan keperluan mendesak untuk mendapatkan 'mobile pump', maka medela freestyle berjaya di 'grab' =). Ia lebih selesa dengan kapten, kan..=)
Mengheret bekas polistrin putih itu sudah menjadi lumrah bagi beliau demi Myra. Itulah tanggungjawab si ibu, lagi2 apabila berjauhan dengan si anak. Terus cekalkan hati walaupun di luar sana banyak pilihan lain untuk makanan si kecil. Tapi beliau teruskan azam yang tinggi dengan niatnya untuk menyusukan anak sepenuhnya. Dengan keadaan persekitaran yang dikelilingi oleh kaum adam yang tidak biasa dengan budaya 'breastfeeding'. Adakala perkataan mereka meluluhkan hati namun diteruskan perjuangani ini. Semoga dengan ketidakbiasaan itu menjadi kebiasaan buat mereka. kerana adanya seorang wanita bernama Kapten Siti Suraida Mazlan.. 


 tinggi di atas awan...


 

tanggungjawab si ibu apabila meninggalkan Myra di Kuala Lumpur sementara dirinya melaksanakan tugas demi negara... Orang kuat dan tabah sahaja mampu lakukan begini...


UPDATE : Cara kapten melaksanakan misi mengepam susu

Jika kapten terlibat dengan penerbangan : 
Mengepam ketika sudah mendarat dan berlari2 mencari 'port' samada di surau atau tandas. Semasa membawa kapal terbang tak boleh mengepam, sebab perlu fokus yang tinggi untuk membawa kapal terbang.

Sekiranya tiada sebarang penerbangan :
 masa kerja kapten adalah 8pagi hingga 5 petang. Sesi mengepam pula dilakukan pada jam 10 pagi, ketika solat zohor dan ketika solat asar. 

Apabila kapten out-station :
Mengepam macam biasa tapi di tambah lagi sesi mengepam di malam hari kerana tiada anak di sisi. dan ebm akan di tumpangkan di mana2 peti ais kemudian apabila hendak bawa pulang, akan menggunakan cooler box / bekas polistrin





permata hati kesayangan kapten... Myra, hampir 1 tahun.. fully bf

Salam sayang buat kaptenku.
Sumber : Aqeelah Zaidee ~ Baitulmusleem Az-zaidee