Assalamualaikum w.b.t.
Makin dekat dah kite dengan bulan Ramadhan. Saya sekarang memang tengah pulun menggantikan puasa yang saya tinggal pada tahun lepas, sebab berpantang dalam bulan puasa. Huhu... Memang sukar yang amat sangat untuk bayor puasa ni, tak tahu la kenapa.hehe...
Tambahan pula saya ni nyusu badan sepenuhnya untuk anak saya. Tapi saya cuba jugak untuk ganti puasa. Di sini saya nak kongsikan tips bagaimana persediaan bagi ibu yang menyusukan badan. Antaranya adalah, bangun mestila kena awal sebab nak bersahurkan.hehe... Besenya saya akan bangun pada jam 5.00 pagi, tapi sebelum tido dah masak nasi siap-siap la. Bangun sahur makan je...
Apa yang saya makan adalah mesti wajib makan nasi, kemudian kurma, susu, vitamin-vitamin shaklee dan air masak yang sangat banyak. InsyaALLAH bila sehari berpuasa ketahanan badan kita sangat kuat, yelakan sebab waktu kerja kene pam tiga kali.huhu...Bagi saya paling penting adalah perlu minum air masak yang banyak, iaitu 3 liter sehari.
Kalau bukan bulan puasa pula, saya makan enam kali sehari. Iaitu sebelum pergi kerja mesti minum susu dan makan kurma. Kemudian makan pagi macam biasa tak kisah la nasi goreng ke, nasi lemak ke atau mee goreng. Kemudian pukul 10 pagi makan pulak lagi, mesti perlu makan sebab baru lepas pam susu. Makan tengahari pulak pukul 1 tengahari.hehe... mestila makan nasi jugak kan. Kemudian pukul 3 petang, makan pula biskut dengan air panas (milo/nescafe)... baru lepas pam la katakan.hehe. Makan malam pukul 8, sama ada nasi berlauk atau masakan panas. Seterusnya last sekali sebelum tidur minum susu dan makan biskut kering, makan untuk kali terakhir dalam sehari.hehe...
Tapi tula makan banyak mana pun badan I tetap maintain u all's.hehe... Ibu BF nie memang tak payah susah-susah nak jaga badan sebab, kalori dalam badan memang cepat di bakar.hehe... untungkan tak payah nak pergi slimming centre bagai. Alhamdullilah. (^_^)
No comments:
Post a Comment
Ce Komen Sikit :)