Asslamualaikum w.b.t.
Sekali lagi saya ingin meminjam entri ini dari idola dan mentor saya kak Aqeela Zaidee. Cerita yang sangat menarik dan saya sangat bangga dengan sis nie. I'm proud of you sis! Jom baca kisah Pramugari Mas Aini Wardiah nie! :)
Saya tidak
pernah bertemu empat mata bersamanya. Semuanya berlaku di alam maya.
Internet yang menghubungkan kami. Walaupun kami hanya teman maya, tapi
saya yakin dengan pengiktirafan saya bahawa beliau ibu yang hebat. Saya
akan menitis airmata apabila membaca catatan ceritanya.
Beliau adalah Aini wardiah, pramugari MAS. Ibu kepada Ariff Ziyad yang sekarang sudah menjangkau 1 tahun. Perjalanan penyusuan susu ibu untuk wanita ini sungguh mencabar dengan kerjaya seorang pramugari. Namun ia biasa lakukan demi Ziyad tersayang...
Beliau adalah Aini wardiah, pramugari MAS. Ibu kepada Ariff Ziyad yang sekarang sudah menjangkau 1 tahun. Perjalanan penyusuan susu ibu untuk wanita ini sungguh mencabar dengan kerjaya seorang pramugari. Namun ia biasa lakukan demi Ziyad tersayang...


tengoklah si bijak, Ziyad ni..mesti dia nak ikut juga ibunya...
kadang2
berat hati nak tinggalkan anak di rumah pengasuh, padahal opis dekat
shj. tapi ibu muda ini, meninggalkan anaknya beribu batu untuk tempoh
yang berhari2 dan kadang2 mencecah minggu.. hu3 sedihnya saya...
Perjalanan
BF ibu ini sungguh mencabar. Anda bayangkan tugas pramugari yang selalu
terpaksa meninggalkan keluarga beribu batu. Ya Allah.
Aini
dan suaminya mempunyai rumah di KL. Tetapi Ziyad ni dihantar ke Penang,
rumah ibubapa Aini. Ziyad dijaga sepenuhnya oleh keluarga Aini.. Jadi
kurang sedikitlah kegalauan di hati bila ahli keluarga yang menjaga anak
ni kan...
Anda bayangkan..
Apabila
selesai tugas sebagai pramugari, Aini akan mendapat cuti. Kemudian, dia
akan segera pulang ke Penang bagi melepaskan rindu didadanya untuk
Ziyad tercinta. Cuti pula tak tentu. ada rezeki, dapatlah 5 hari.
Bayangkanlah, si anak ini..walaupun jarang bertemu, bermain, berpeluk,
mencium ibunya, dia tetap kenal siapa ibunya. kerana susu ibu itu
penghubungnya. Ziyad akan berlari untuk terkam ibunya.. tak berlari,
merangkak..
Habis
tempoh 5 hari, si ibu akan berlepas pulang ke KL. Suami Aini pesan,
jangan dibawa Ziyad tu ke airport. takut nanti dia menangis. Bukan
setakat anak, ibu pun menangis. Tapi atuknya memujuk si ibu dan ayah
supaya bawa jugaklah si Ziyad ni. Nanti dia lama tak jumpa ibu dan
ayahnya. Jadi, sepanjang dalam perjalanan ke airport, Ziyad ni melekap
je dalam dakapan ibu dan Aini menyusukan anaknya walaupun suami
menghalang ( sebab Ziyad ni, kalau dah minum susu, dia dapat tenaga
baru. nanti terus dia berjaga he3..cutenye ). Tapi kalau saya di tempat
Aini juga, saya akan lakukan perkara yang sama. Lama pulak nanti dia nak
dapat direct feeding tu sebab ibu dah tiada disisi. Mungkin Ziyad dapat
merasakan bahawa dia bakal ditinggalkan lagi..
Jadi
bila dah sampai airport, cepat2 Aini dan suami bergegas pergi. sebab
taknak nanti menangis depan anak dan taknak tengok anak menangis di
depannya. yang si Ziyad pula terpinga2 sebab tiba2 mak ayah dia pergi.
T_T
Bayangkanlah adakalanya tidak bertemu dengan Ziyad 2minggu. Aduhh tak terbayangnya saya...
Apabila
berjauhan dengan si anak, si ibu tetap gigih melaksanakan tugasnya.
walaupun ia amat mencabar buatnya. Jadi si ibu terpaksa memerah
sepanjang hari sebab tiada anak disisi untuk direct feeding. Hendak
memerah/mengepam di atas flight, sungguh mencabar. Sebab airlines ni
memang tidak menyokong BF. jadi, nak excuse untuk mengepam, tidaklah
semudah yang disangka. Semua crew perlu bersiap siaga selalu kerana
semua penumpang diletakkan dibawah tangungjawab mereka ( Kalau terjadi
kebakaran, orang sakit jantung, orang pengsan, orang nak bersalin di
dalam kapal terbang, semua tanggungjawab derang. nampak tugas pramugari
ni macam glamer. tapi hakikanya..... ) Apabila penumpang sudah berehat,
sudah tidur atau lena, waktu nilah masa yang digunakan si ibu untuk
memerah/mengepam susu. Si ibu pula tiada tempat lain untuk melaksanakan
tugasnya melainkan di dalam tandas. No Choice..adakala bila keadaan
terdesak, terpaksa melakukannya di tempat begini walaupun jauh di lubuk
hati nak mendapatkan tempat yang lebih bersih dan selesa. Kita
tawakallah shj.
Si
ibu pernah hendak memerah/mengepam di kala kapal terbang melalui Lautan
Hindi. Masa tengah bersiap untuk membuat projek tu, kapal terbang
bergegar. Sebab cuaca yang buruk dan angin Lautan Hindi yang kuat. Panik
si ibu dibuatnya. Tengah nak buat projek, dah mcm nak gempa bumi.
Kemudian Kapten dah arahkan semua crew balik semula ke tempat masing2.
Tak jadilah misinya tadi.
Penerbangan
ini tidak menentu. Kadang2 membuatkan mereka jadi zombie. nak menghadap
jet lag lagi. pagi di Malaysia, petang sudah di Maldives. Kemudian
terbang semula ke Malaysia.
Sehingga
satu tahap, apabila si ibu sampai di rumah/penginapan, tersenguk2
mengepam. sambil tertidur. Walaupun mata dah terlampau berat, badan dan
super penat, namun si ibu tak pernah lupa hak si anak di Penang sana.
Kemudian, tidur pun bukanlah boleh lama2. sebab kalau tak mengepam susu 3
atau 4 jam sekali, mau keras breast dibuatnya akibat penuh.
Again..dengan kemamaian, mengepam lah lagi.
Ada masa, si ibu ini..breakfast di KL, lunch di Kota Kinabalu, dinner di Kuching. Ke sana-sini badan melayang hu3
Kemudian
menjalankan tugas sebagai crew di kala musim cuti sekolah, ohh
sangatlah penuh seat dalam flight. lagi banyak passenger, lagi banyak
tangunggjawab yang perlu dipikul. hingga ke satu situasi, si ibu tak
sempat nak makan apetah lagi untuk mengepam. kerana terlampau sibuk
berjam2. engorge dibuatnya.. pada waktu itu, dia terasa, sukarnya
pramugari utk berjaya dlm BF. tapi dia masih belum berputus asa.
Saya bertanya pada si ibu, kenapa memilih untuk BF anak sedangkan tugas begitu mencabar ?
Jawapannya,
cuba bayangkan, anak saya hanya mempunyai masa yang amat terhad bersama
ibunya . dia sentiasa bersama penjaga dia. Apekah kalau saya tidak
menyusukan dia, dia akan kenal siapa saya ? Susu saya sahaja nilah yang
menghubungkan diantara saya dan anak walaupun saya tidak bersamanya..
Anda tahu apa yang berlaku pada saya di depan skrin ini ???
Menitik air mata saya... Anda begitu mulia, duhai ibu.


keadaan
terpaksa apabila cooler bag sudah penuh dengan stok. gunakan apa yang
ada supaya susu ini dapat bertahan sementara waktu. kreatifnya si
ibu...

stok buat Ziyad tersayang...


yang ni stok susu yang diperah semasa bertugas. Dibungkus2 untuk dibawa balik ke Penang.

kaedah si ibu nak mengekalkan suhu susu beku. gunakan ice pack kecik.


kejayaan si ibu melaksanakan misinya untuk Ziyad sayang
Sumber : Baitulmusleem Az-zaidee
No comments:
Post a Comment
Ce Komen Sikit :)