Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdullilah dah hampir setahun aku berjaya susukan puteraku, InsyaALLAH pada 26 Julai 2012. Sangat-sangat gembira dan bangga! yabedabedu. Ingin saya undur kembali masa bagaimana boleh "terjebak" ingin menyusukan Aqif sepenuhnya dengan susu ibu... ten..ten..ten.
Bermula la al-kisah... taiyib(versi Pendekar Bujang Lapok).hehe... Seingat saya masa tu saya masih bujang tratantangtang u all's, tahun 2009. Saya ada seorang officemate iaitu yang sangat baik dengan saya bagaikan seorang kakak, I kan muda.hehe... Masa tu dia baru dapat 2nd baby, pastu dia memang nak fully BF baby die sebab anak pertama dia, dia tak berjaya. Jadinya tiap-tiap hari la dia tumpang pam susu dalam bilik saya, al-maklumla walaupun saya ni kumpulan sokongan je tapi saya ada bilik u all's, PA kan memang la ada bilik tapi kecik jela. Pada masa yang sama hari-hari dia bercerita dan saya pun banyak la tanya itu dan ini, tetibe eh! saya cakap macam nie ok la kak nanti saya dah kahwin dan bila dah ada anak saya pun nak fully BF gak. Padahal masa tu boyfriend pun tak ada lagi, sedihkan umur dah 23 tahun masa tu tapi tak laku-laku lagi.hehe...
Alhamdullilah segala-galanya kerja Allah s.w.t pada pertengahan 2010 saya tengah hangat bercinta dan family pun suruh langsungkan dengan segera, cinta kilat beb! ko ada?haha... Semuanya berlaku dengan pantas sesangat, Ogos bertunang dan Oktober terus kahwin. best giler u all's..hehe. Syukur sangat-sangat segala-galanya dipermudahkan dari bertunang sehinggala saya berkahwin, sebulan lepas berkahwin dah ada hasil rupanya Alhamdullilah Ya Allah murahnya rezeki ku sangat-sangat tak sangka secepat itu. Dah la yang kelakornya (Pekan habiiss) tak tahu ngandung, pastu masa tak tahu ngandung tu la ngidam macam-macam, siap makan jeruk macam makan nasi.hehe...
Pastu bermulala fasa bergelar bakal ibu, saat-saat yang sangat indah saya memang terlalu menjaga kandungan dan diri saya sendiri. Bersyukur jugak sebab saya langsung tak de sedikit pun alahan dan mengidam yang pelik-pelik. Bertuah suamiku...tahniah Sayang!
Masa kandungan berusia 6 bulan, saya dah bersedia macam-macam barang baby, baby 1st ko harusla excited giler!hehe... termasukla brestpump, masa tu memang teringin brestpump brand Medela Freestyle (FS) memang femes la brestpum tu sampai la sekarang sebab kecik comel dan ringan tapiiiiiiiiii.... mahal sangat ribu riban tak mampu (RM1888.00). Tapi tak pela beli jela Spectra 3, ambikla harga pakej nya, itu pun dah cukup mahal bagi saya iaitu RM 560.00 taw! Tak pela, niat yang penting nak menyusukan anakku sepenuhnya dengan susu ibu.
Semakin hari kandungan semakin besar, masa gi check-up nurse tanya nanti baby dah lahir nak bagi susu apa? Saya dengan yakinnya, InsyaALLAH susu ibu nurse. 'Okeyla saya nak pesan nanti bila dah bersalin, bagi taw suami siap-siap nak susukan baby dengan susu ibu, kalau baby nangis ke apa tetibe tak kira la mak awak atau mak mertua cakap budak tu tak kenyang la tu gi la beli susu tepung, susu ko tu tak berapa nak ada. Masa tu suami mainkan peranan yang penting, suami perlu support awak ingat taw pesan kat suami!' Sampai sekarang saya masih ingat pesan nurse yang cantik tuk.hehe...
Tanggal 26 Julai 2011 saya selamat melahirkan baby yang cukup comel beratnya pun boleh tahan 3.9 kg secara normal. Alhamdullilah, saya berpantang sepenuhnya di rumah mak saya, mak saya tak de la cakap macam tu pun, sama la dengan mak mertua saya. Bertuah kan saya! Rezeki lagi... Mujurla saya tidak di psikologi dengan orang sekeliling yang negatif pasal susu ibu nie, tapi kalau saya menghadapinya pun saya tetap buat tak tahu je, tetap dengan pendirian saya selagi suami menghalalkan cara saya tu. Thanx sayang....
Lepas dah cukup 3 bulan, dah habis cuti panjang...hehe. Tak bestnya kene kerja, tinggalkan baby tapi nak buat macam mana pengorbanan kan dah fitrah hidup. Alhamdullilah hari pertama kerja semenya okey tapi tula tetibe buat kerja lembap yela cuti lama sangat. Bersyukur sangat, saya dapat bos yang sangat memahami, yela kan nak pam susu ambik masa 15-20 minit tapi bos saya tak kisah, bagitaw jela dia okey je.
Sehinggala sekarang saya masih lagi terus usahakan projek tenusu saya ni, walaupun baby Aqif dah nak setahun tapi projek mengepam tetap berterusan sehinggal Aqif berusia 2 tahun InsyaALLAH. Bila join mana-mana blog@FB pasal BF ni, dieorang tanya saya umur saya berapa saya bagitaw la umur saya baru 25 tahun (1 November 2012), bagusnya awak muda-muda dah ada ilmu BF. Alhamdullilah, saya dulu kosong jugak pasal ilmu BF ni, tapi tula kita nie kena la rajin membaca dan bila tak tahu tanya la pada yang pakar. hehe...
Saya memang bangga dengan diri saya sendiri, dan saya memang tak sangka sejauh ni perjalanan BF saya walaupun baru nak masuk 12 bulan, tapi bagi saya dah terlalu jauh. Sebab ramai jugak ibu-ibu lain tidak dapat apa yang saya capai ni. Memang menyusu badan nie sangat-sangat la penat, perlu banyak sabar dan kadang-kadang stress. Tapi Alhamdullilah saya tak mudah mengalah sedikit pun, bagi saya kalau orang lain boleh kenapa saya tak boleh?
Hari - hari rutin saya adalah memang sangat-sangat memenatkan, tapi tula saya tak kisah nye pun. hehe.. Jadual mengepam paling saya jaga, supaya tak tertinggal jadual mengepam saya tu. Sehari 3kali je. Pukul 7 pagi (dalam kereta), pukul 10.30 pagi (di pejabat) dan pukul 3.30 petang (di pejabat). Tapi saya tak nafikan kalau perlu hadir berkursus, saya tertinggal jugak jadual mengepam saya tu, jadi 2 kali je. Mudah je sebab saya pun mengepam guna pam elektrik, kecuali dalam kereta la guna pam manual. Alhamdullilah saya tak pernah jemu, walaupun kadang-kadang memang ada terdetik malasnya mengepam tapi kejap je benda tu. Kita perlu jadi kuat, diri sendiri la penguat saya bila fikirkan mahu yang terbaik untuk anak.
Saya juga jadi tempat rujukan untuk rakan-rakan saya, sangat-sangat terharu ada jugak orang tanya saya, sedangkan baru tak sampi setahun menyusu badan. Alhamdullilah ilmu perlu di kongsi bersama.
Saat yang paling berharga adalah saat bila bersama Aqif, sangat-sangat mahal saat tu bila susukan Aqif sudah tentu pandangan mata dia ke arah saya. Bahagianya... nak-nak bila balik kerja, memang hilang penat bila menyusukan Aqif. Masa tula saya bertinteraksi dengan dia, nanti bila Aqif dah besar sudah pasti saya sangat-sangat merindui saat-saat itu. Walaupun kadang-kadang kena selalu gigit dengan dia, tapi tahan jela.hehe...
Dari segi wang ringgit juga saya banyak jimat, tapi itu bukan tujuan utama saya untuk menyusukan Aqif sepenuhnya. Walaupun pada permulaannya menggunakan banyak wang tapi saya tak pernah langsung berkira untuk beli brestpump+botol-botol storage yang banyak+deep freezer+beg storage+susu untuk saya minum+supplement untuk saya makan bagi ketahanan badan saya = jumlah sangat-sangat la banyak yang perlu dibelanjakan, tapi bukan la perlu di beli selalu hanya beberapa kali je.hehe...
Aqif sangat kuat minum susu, syukur Alhamdullilah susu saya banyak dan terlebih cukup untuk Aqif, sehinggakan saya dan suami bersetuju untuk mengambil anak susuan bagi berkongsi anugerah Allah s.w.t yang sangat mahal ni. Saya yang teringin sangat sebab susu yang ada terlalu banyak, bagi mengelakkan di buang begitu sahaja. Tak salah kan, thanx jugak buat Alif Afham sebab sudi minum susu ummie.
Saya rasa cerita saya ini boleh di jadikan panduan dan rujukan untuk rakan-rakan yang membaca blog saya ini, nanti saya cerita lagi ye. Thanx u all's sudi baca. (^_^)
No comments:
Post a Comment
Ce Komen Sikit :)