Anda mungkin akan gagal dalam cita-cita anda untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya JIKA:
1)
Tiada keyakinan - KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan
anda menyusukan bayi anda speenuhnya. YAKIN yang anda mampu menyusukan
bayi sehingga 2 tahun, YAKIN yang anda mampu menangani sebarang cabaran
mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan mengalah.
2)
Kurang ilmu - Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda
dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus
berhenti untuk berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin
menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.
3)
Tidak bersungguh-sungguh - Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak
bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut,
baby meragam, x larat mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil
alternatif untuk memberikan susu formula.
4) Tiada
sokongan suami - Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk
menjayakan penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana
pun, keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.
5)
Cepat putus asa - Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu
merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet,
bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat
berputus asa, maka cita-cita tidak akan kesampaian.
6)
Tidak bersedia - Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi
terutamanya untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan
mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang
pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk
membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk
membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas
berpantang.
7) Tidak kisah - Ramai ibu yang tahu tetang
besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak
diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit,
terus mengambil alternatif susu formula.
8) Tidak jaga
pemakanan - Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan
susu ibu. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya
akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet
(kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan
kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.
9)
Stress - Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu.
Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan
tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah
berputus asa. Jadi bertenanglah... kurangkan stress semasa bekerja dan
sentiasa ingat anak yang tersayang.
10) Kurang berdoa
pada-Nya - Ingatlah, rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki
milik Allah. Jadi jika nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah
kepada pemilik-Nya.
✿ Jom ibu-ibu... berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita. Apa yang kurang, kita baiki.. Chayok2!! ✿ (^_^)
No comments:
Post a Comment
Ce Komen Sikit :)