Tuesday, January 29, 2013

Anak Kampung!!!

Aqif....Aqif...Aqif. Suke betul Ummi & Abah bile taw Aqif memang suka kan kampung walaupun kita jarang balik tapi langsung tak kisah main kat laman bagai.hehe... 

Baru-baru ni balik Terengganu dan tengokla hasilnya. Aqif main ngan ayam...hehe. Terbaik la anak ummi & abah ni! :)




mule-mule macam takut.hehe 

  


pastu siap tersengeh lagi.hehe


pose ngan ayam lagi.hehe...


kalau bawak gi outing hujung minggu pun, sudah semestinya Aqif tak adalah nak berjalan sepanjang masa mesti nak try jugak pegang itu dan ini.hehe...


suke hati main baling-baling batu,pastu ummi gak kene kutip balik.hehe


itula namanya pasir Aiman Aqif. :)

Alhamdullilah Aqif sangat-sangat suka meneroka untuk tahu apa yang dia tidak tahu. Ummi & Abah tak pernah halang pun, selagi tidak membahayakan Aqif. Aqif jugak tidak ada alahan kulit jika sentuh pasir dan lain-lain.  Sama lah jugak kalau masa Ummi buat kerja rumah dan masak, apa yang Ummi buat Aqif tengok dan of coz Aqif nak cuba jugak buat, Ummi bagi jela. So, jangan kita halang apa yang anak kita nak lakukan kerana itu juga salah satu proses pembelajaran, secara automatiknya anak kita dapat berfikir dan bagus untuk perkembangan otak dan proses pembesaran anak-anak. Tapi kene juga pantau dan kalau barang-barang yang bahaya jangan la bagi ye.  :)

Wednesday, January 16, 2013

Perkembangan Aiman Aqif Yang Sangat Positif (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullilah masih lagi dipanjangkan usia oleh Allah s.w.t untuk menempuh tahun 2013 dan diberi peluang  menikmati saat indah dan bahagia bersama keluarga tercinta. Syukut Alhamdullilah.

Pada 26 Januari 2013 ini jugak puteraku Muhammad Aiman Aqif genap berusia 18 bulan dan saat paling ummi tunggu-tunggu untuk dapat Master in BF. Ummi sangat-sangat tak sangka sejauh ini perjalanan BF ummi Syukur Alhamdullilah. Aku dan suami jugak makin seronok melayan keletah anakku yang comel dan handsome.eh! ummi perasan. Perkembanganny memang sangat-sangat positif. Sekarang anakku makin petah untuk berbual dengan kami. So Cute! Bila ummi suruh ikut apa yang ummi cakap die memang akan ikut. Sangat bijak anak ummi dan abah ni.  

Pada 3 November 2012 jugak Aqif telah terpilih dalam kategori Baby Cemerlang 8 bulan - 12 bulan di taskanya. Walaupun die dapat nombor empat, tapi ummi dan abah sangat bangga. Alhamdullilah Syukur, siap dapat trofi lagi. :)



Aqif je boy yang lain semenya girl.hehe...


Kebanggaan Ummi dan Abah. Thanx Aqif! :)

Sekarang Aqif jugak banyak aktiviti di taska, memang ummi sangat-sangat cemburu dengan guru-guru Aqif sebab setiap hari Aqif gembira untuk ke taska,ummi tahu Aqif suka berkawan dan setiap pagi Aqif pasti hulur tangan pada gurunya untuk masuk ke kelas. Aqif tak pernah ada masalah untuk ke taska, soleh dan baik sangat anak ummi ni. Hari semalam Aqif tunjuk hasil kerjanya di taska, menggunakan jari telunjuk dan sambil menyebut ha!ha!ha! baru ummi faham ada gambar dan hasil kerjanya pada dinding. Bangga sebab dapat tunjuk pada ummi Aqif boleh menconteng.hehe... :)


ummi silap tulis tarikh sepatutnya 15 Januari 2013, terlebih suka macam tula.hehe...


Alhamdullilah Allah s.w.t telah kurniakan kepada aku untuk merasai semua ini, betapa besarnya nikmat ini walaupun aku tahu ada insan diluar sana tidak dapat merasainya. Suami yang baik anak yang comel. Terima Kasih Ya ALLAH S.W.T.