Hari ini hari Jumaat penghulu segala hari.... Saya ingin kongsi kan sedikit ilmu untuk di amalkan ibu bapa semua.
LUAHAN ANAK
YANG TIDAK DIDENGARI SESIAPA
Seorang
anak mempunyai isi hati yang mana kadang-kadang beliau sendiri tidak dapat
menggambarkan dengan kata-kata apakah maksud luahan hatinya itu. Mahu tidak
mahu kita perlu memahami isi hatinya supaya dapat membentuk anak-anak kita
dengan acuan yang betul.
Sikap
anak-anak tidak sama. Namun isi hati mereka mungkin tidak jauh berbeza. Di sini
disenaraikan 11 luahan hati anak yang mereka sendiri tidak mampu
mengucapkannya.
11 Isi Hati Anak yang Tidak Terucap
kepada ibu bapa : ~
1. Cintailah aku sepenuh hatimu.
2. Aku ingin jadi diri sendiri, maka
hargailah aku.
3. Cubalah mengerti aku dan cara
belajarku.
4. Jangan marahi aku di hadapan
orang ramai.
5. Jangan bandingkan aku dengan
kakak dan adikku.
6. Ayah-ibu, jangan lupa, aku adalah
fotocopimu.
7. Semakin hari umurku bertambah,
maka jangan anggap aku berterusan anak kecil.
8. Biarkan aku mencuba, beritahu
saja bila aku salah.
9. Jangan membuatku bingung, maka
tegaslah padaku.
10. Jangan suka mengungkit
kesalahan-kesalahanku.
11. Aku adalah ladang pahala bagimu.
No comments:
Post a Comment
Ce Komen Sikit :)