salam..jom
kita share, camne kita yang bekerja ni manage our breastfeeding n
working life..ok..memula for sure kebanyakan mommies dah standby
bp..segala bagai jenis manual ke eletric..saya guna s3..pastu kita akan
ada storage bottle..saya banyak guna blumbee bee..ada cooler bag
gak..saya guna 2, satu bawak g opis saya , satu anta umah makdah..pastu
ada icepack..saya gunakan utk anta ke umah makdah jer..di opis tumpang
peti ais bos..petang bawak balik..umah dalam 10-20 minit dari opis la..
SEHARI SEBELUM NAIK KEJE
saya bawak balik stock frozen ebm dari seri alam ke kluang ..bawak 12
botol jer utk 2 minggu..sebab di umah sewa guna peti ais 1 pintu, so
sayang nak bawak banyak2..so, bila dah sampai kluang..saya g jumpa
makdah (babysitter anak2) sehari awal..g citer kat makdah pasal kita nak
bg susu badan kat muhammad..pastu gtau kita akan bagi 6 botol, kena
panaskan 1-1 ikut keperluan.. pastu saya gtau, takleh didihkan n saya
beli warmer, tapi makdah kata, dia lagi mudah gunakan rendaman air
suam..katanya takut guna barang2 karen..kang rosak..ok, saya hormati
keputusannya..janji makdah senang..pastu saya gtau gak, susu ni takleh
digoncang cam susu fm..pastu sediakan cooler bag utk bagi pada makdah..
malam tu saya wat fresh stock..alhamdulillah jenuh, tapi dapat la 2oz x 4
botol..tambah 2 botol yg frozen..saya turunkan yg forzen, rendam ngan
air..so by pagi tu dah cair sepenuhnya..pastu tagging terus botol
1-6..ikut time n tarikh..konsepnya seperti yg sume dah tau..1st in, 1st
out..
HARI NAIK KEJE ..1st MONDAY SAMPAILAH KE HARI NI>
anta muhammad n uzma g umah makdah..sendirian huhu sebab saya pjj
ngan enchek suami.. so bagi ler 6 botol x 2 oz..sebab 1st day kan..lunch
hour makdah call, muhammad ngamok, takmo minum botol, nangis dekat
sejam..bekejar saya g tgk dia..masa saya sampai dia sedang minum..
diopis..saya pump..dapat la 2x..1st day dapat 18 oz..sampai ke
arini..gitu la banyaknya..kadang2 kurang pon still dapatla dalam 12
oz..alhamdulillah.. yang diopis saya simpankan 2.5 - 3 oz each
bottle..bila dah cukup stock yang saya kira sampai jumaat, lebihnya saya
frozenkan..pump saya tinggal diopis..sebab malam2 mmg tak ngepam
la..dah dua2nya tlg pamkan..direct feeding n tandem nursing for uzma n
muhammad..so setakat ni saya blom ada masalah tertinggal
barang2...petang2 pas abis pump saya basuh n tangkupkan di dalam
tupperware di opis..(t saya sharekan gambar).. ok, balik, ambik
anak2..sampai umah, simpan susu yang bawak balik dari opis n balance
dari makdah..sejukkan ice pack n turunkan frozen ebm.. pastu masak air
panas..sebab kang nak sterelize botol2 storage tu..(huhu, saya lom beli
sterelizer lagi, lalu menggunakan kaedah manual utk mensterelize botol2
saya).. pastu melayan anak2 bf..diorang dah tido..baru la tangkupkan
botol di rack anakku..pastu baru lah ummi rehat dan tido..bila jumaat
yang saya balik ke seri alam, malam bila enchek suami dah sampai, bawak
la balik frozen yang wat kat kluang ke sana plak..camni ler kehidupan
saya, kerja dan breastfeeding setakat dah naik keje ni :O)
agak kepenatan menguruskan anak sendirian..kadang2 petang masa simpan
susu n ice pack tu, terpaksa dukung muhammad..mana melayan uzma nak
main susu nya lagi..tapi takpela..ayat power enchek suami..syurga kan
bawah tapak kaki ibu...huhhu...apa jua..moga saya mampu menjadi ummi
yang terbaik buat muhammad dan uzma .. (psst..uzma dulu saya tak berjaya
fully bf kan..sebab tak prepare mentally, n poketly :P..tapi uzma cuma
minum fm diumah baby sitter..means 8-6 jer) 6-8 dan weekend adalah susu
ummi sepenuhnya..malahan sekarang share lak ngan muhammad)..harap2
muhammad ni Allah permudahkan saya untuk fully bfkan dia sampai 2
tahun...
==========================================================
- Breastpump yang selesa / nak marmet pun boleh - ikut kesesuaian
- Cooler Bag (kalau di tmpt keje tiada peti ais, perlukan yg lbh bsr utk simpan pam sekali)
- Ice pack
- botol susu untuk menyimpan susu ibu - bpa free recommended
- tissue paper untuk lap miss B basah tu.
- 1 or 2 storage bag selitkan kat bag breastpump....mane tau terlupa bawa storage bottle ker atau dah tak cukup bottle nak gune.
- muskin tape or sticker for date reference.jgn lupa pen...sume letak dalam bag breastpump
- nursing cover/jacket/scarf tuk cover bahagian depan kalo pump kat open workstation.
- gambar baby.. itu milk booster
- deep freezer
notes : Cooler Bag (kalau di tmpt keje tiada peti ais, perlukan yg
lbh bsr utk simpan pam sekali, tak perlu cuci pam boleh simpan dlm
cooler bag sahaja)
Herny Yusnizar
=========================================================
Panduan Buat Ibu-Ibu Menyusu Yang Perlu Menghadiri Kursus
Oleh Suhaili Bt Mohamad Zahidi · Suntingan terakhir sekitar 3 bulan lalu · Edit Doc · Padam
Kebelakangan ini saya perhatikan semakin ramai ibu-ibu di KIM yang
menghantar post berhubung bagaimana untuk meneruskan PSI sewaktu
berkursus. Ada juga yang menghadapi masalah penghasilan susu merudum
sekembalinya daripada kursus. Sebagai seorang ibu menyusu yang masih
berkursus sepenuh masa (sekarang di Sabah, meninggalkan anak tersayang
di semenanjung selama 2 minggu), saya ingin berkongsi sedikit pengalaman
saya bersama ibu-ibu sekalian. Untuk pengetahuan, saya telah berkursus
semenjak 27/11/2010 dan masih berbaki lagi tiga minggu sebelum
menamatkan kursus ini.
Persediaan Sebelum Mula Berkursus
Kebiasaannya ibu-ibu menyusu yang bekerja memang akan membuat stok
untuk bekalan anak sepanjang waktu bekerja. Bagaimanapun, buat ibu-ibu
yang akan menghadiri kursus, kita perlu menyediakan stok yang banyak
sedari awal. Biasanya kita dapat notis awal berhubung kursus yang perlu
dihadiri. Atau paling tidak pun, kita sendiri boleh agak bila kita akan
dikehendaki untuk berkursus. Jadi, buat anggaran sendiri, berapa stok
yang anak anda perlukan sepanjang ketiadaan anda. Sebagai contoh:
Menyusu 3 jam sekali = 1 hari 8 kali menyusu
1 sesi 4 oz, 4oz x 8kali = 32oz sehari (atau 8 pek x 4oz susu sehari)
Kalau kursus 2 minggu, stok yang diperlukan ialah:
14 x 8 pek of 4z ebm = 112 pek susu.
Jadi, bila dah tahu berapa stok yang perlu ditinggalkan, anda buat
lah pengiraan sendiri berapa oz atau pek yang perlu anda dapat simpan
setiap hari. Mungkin untuk sementara waktu anda perlu memberikan hanya 1
fresh stok buat anak anda sebagai bekalnya. (maksud saya, gunakan stok
lama secara maksimum & simpan hasil perahan terbaru untuk dijadikan
stok masa berkursus kelak).
Selain itu, anda juga boleh berhubung dengan pihak
urusetia kursus dan maklumkan tentang keperluan anda sebagai seorang ibu
yang menyusu. Ambil maklum kemudahan yang disediakan @ tidak disediakan
dan cari alternatif sekiranya ada masalah. Anda boleh dapatkan maklumat
awal tentang tempat kursus tersebut supaya anda boleh merancang di mana
untuk mengepam, di mana untuk menyimpan susu dan sebagainya. Dapatkan
juga nasihat / pandangan kawan-kawan yang pernah menghadiri kursus yang
sama / kursus lain sebelum ini. Sekiranya tempat berkursus tidak terlalu
jauh dari tempat tinggal anda, mungkin anda boleh berbincang dengan
suami/ ahli keluarga untuk membawa bayi berjumpa anda setiap hari atau
selang 2-3 hari atau seminggu sekali (yang mana bersesuaian) supaya baby
tidak nipple confuse dan juga supaya baby masih dapat merasa fresh
breast milk.
Sewaktu Berkursus
Memang sedih meninggalkan anak yang masih menyusu badan sepenuhnya
kan? Ibu yang tidak menyusu pun merasa sedih berjauhan dengan anak,
apatah lagi kita yang menyusukan. Tapi jangan terlalu diikutkan rasa
sedih itu. Fikir positif & tenangkan hati anda. Pam secara konsisten
(selang 2-4 jam). Biasaya jadual kursus sama sahaja, jadi cari masa
yang anda boleh gunakan untuk mengepam. (biasanya waktu break). Mungkin
anda akan perlu bergesa-gesa, kejar masa dan tidak sempat untuk berehat.
Namun ingatlah yang itu semua adalah pengorbanan anda, tanda kasih
sayang anda buat anak tersayang. Pengorbanan itu pastinya berbaloi.
Kalau boleh, minta tolong kawan unutk tapaukan makanan buat anda
sekiranya anda tidak berkesempatan untuk makan. Jangan lupa bawa cooler
bag untuk menyimpan hasil perahan anda. Saya cadangkan juga supaya anda
bawa pam manual atau bateri. Just in case kalau tiada kemudahan plug
point di tempat mengepam itu.
Sekiranya ada masa anda tidak dapat mengepam mengikut
jadual, pastikan anda masih mengepam 6-8 kali sehari. Buat power pumping
seandainya berkesempatan. Percayalah cakap saya, kalau anda culas
mengepam, penghasilan susu anda pasti akan berkurang. Percayalah, kerana
saya pernah mengalaminya!. Cubalah sedaya upaya agar anda tetap dapat
mengepam seperti biasa. Kalau perlu PIP (pump in public) pun,
lakukanlah. Atau sekurang-kurangnya, pergi ke tandas sebentar dan buang
sedikit susu anda. Jangan dibiarkan sehingga bengkak & susu meleleh.
Bukan sahaja boleh menyebabkan susu berkurang, malah anda juga mungkin
akan mengalami kesakitan yang amat akibat susu yang tersumbat.
Selepas Berkursus
Yeay!! Seronoknya dapat jumpa anak semula kan? Gunakan masa ini
dengan sebaiknya. Kerapkan penyusuan secara terus (direct feeding).
Sekiranya anak anda menolak untuk disusukan secara terus, mungkin dia
sedang keliru puting. Usahakan agar dia mahu menyusu semula. Kerapkan
sentuhan kulit ke kulit & pujuklah anak anda untuk menyusu. Jangan
terlalu tertekan, berikan masa buat anda dan juga anak anda.
Kesimpulannya, sebagai ibu menyusu yang bekerjaya,
sememangnya cabaran itu akan sentiasa ada. Persiapkan mental & emosi
anda untuk menghadapi cabaran ini. Sekiranya kita bersedia, insyaAllah
kita pasti mampu menghadapi segala ujian mendatang. Lakukan persiapan
awal dan sentiasa lah berfikiran positif. Saya yakin, kita semua mampu
melakukannya. Yakinlah bahawa setiap usaha & keperitan yang kita
rasai, ada ganjaran yang telah dijanjikan buat kita.
HAPPY BREASTFEEDING!!
===================================================
KEMBALI bekerja bukan alasan ibu tidak menyusukan bayi mereka. Badan
Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan penyusuan eksklusif kepada bayi
sekurang-kurangnya sehingga enam bulan pertama dalam hidup si kecil,
seharusnya menjadi galakkan ibu bekerja menyusukan bayi mereka.
Bagi majikan yang ada menyediakan tempat penjagaan bayi dan
kanak-kanak di tempat kerja, waktu penyusuan mungkin tidak menimbulkan
masalah, tetapi bagi majikan yang tidak menyediakan kemudahan
sedemikian, ibu boleh memerah susu lantas menyimpannya untuk bekalan
bayi menyusu ketika berada di tempat kerja.
Susu boleh diperah menerusi pilihan manual, menggunakan bateri dan
menggunakan elektrik. Anda perlu memilih mengikut yang anda mampu,
selesa dan sesuai dengan gaya hidup anda, dan paling penting ibu perlu
melakukan latihan terlebih dulu, menjadikan kerja itu sesuatu yang
menyeronokkan dan bukan bebanan.
Bagi teknik memerah menggunakan tangan urut payu dara perlahan-lahan,
usap ke arah bawah menghala ke areola, bermula di pertengahan payu dara
sambil menggerakkan ibu jari perlahan-lahan. Apabila menghampiri
pinggir areola, tekan ke dalam dan ke atas, susu akan memancut keluar
daripada puting susu. Ulangi gerakan ini sehingga payu dara menjadi
kosong, kemudian beralih ke payu dara sebelah.
Untuk cara yang lebih mudah dan pantas, pilih pengepam yang anda
selesa dan sebaiknya ibu boleh melaraskan darjah sedutan pada pam
daripada sederhana hingga kuat, dengan mudah. Manual cara penggunaan
seharusnya anda ketahui sebelum membelinya.
Sebelum mula memerah, basuh tangan dengan sempurna dan cuci peralatan
di dalam air panas diletakkan dengan sabun, perahkan susu ke dalam
bekas yang mempunyai penutup. Simpan susu ke dalam sejuk sejurus selepas
diperah itu.
Perah susu sekerap yang boleh, setiap 3 hingga 4 jam untuk
mengekalkan bekalan susu dan untuk hasil yang lebih memberangsangkan,
bayangkan wajah bayi dan ingatkan diri sendiri tentang kenikmatan
menjadi seorang ibu, boleh melancarkan pengeluaran.
Susu yang diperah perlu disimpan sebaik mungkin. Ada ibu yang lebih
selesa membuang saja susu yang diperah itu kerana tidak pasti tahap
kebersihan susu berkenaan, tetapi perasaan itu harus dibuang kerana
tabiat itu kurang baik apatah lagi ia semestinya dinikmati permata hati
anda.
Untuk menyediakan perahan susu untuk bayi minum, sentiasa gunakan
susu yang paling awal disimpan. Letakkan bekas perahan susu ke dalam
mangkuk berisi air suam untuk memanaskan susu berkenaan, jangan memasak
perahan susu ibu dan jangan panaskan susu di dalam ketuhar gelombang
mikro.
Ibu akan dapati lemak akan terpisah menjadi dua lapisan, justeru
goncangkan bekas berkenaan untuk menggabungkan lemak susu dengan cecair
lain di dalam susu. Rasa suhu susu dengan menitiskan beberapa titik susu
di bahagian dalam pergelangan tangan dan sepatutnya suam kuku sebelum
boleh dinikmati bayi anda.
Apabila pulang ke rumah, susu berkenaan perlu disimpan di dalam peti
sejuk untuk diberikan kepada penjaga bayi ketika anda ke tempat kerja
keesokan harinya. Susu yang disimpan sebaiknya hanya digunakan ketika
ketiadaan anda di rumah. Latih penjaga bayi anda untuk menyusukan bayi
menggunakan perahan susu daripada botol, sudu kecil atau cawan kecil.
Adalah lebih baik jika bukan anda yang memberi perahan susu berkenaan
kerana bayi boleh menghidu perbezaannya dan mungkin tidak mahu menyusu
dari payu dara. Ambil sedikit masa untuk memastikan penjaga anda
memahami perkara seperti bagaimana cara menyimpan perahan susu dan cara
menyediakan susu untuk bayi. Jangan beri bayi minum air suam, susu
formula atau makanan lain selain daripada perahan susu dan paling
mustahak nombor telefon (anda dan suami) untuk dihubungi pada waktu
kecemasan.
Tidak rugi menyusukan bayi anda kerana nikmat itu dapat anda rasai
menerusi kemesraan, keseronokan dan kepuasan menjadi seorang ibu.
INFO: Menyimpan perahan susu
Simpan susu dalam jumlah yang diambil oleh bayi pada setiap kali penyusuan.
Label setiap bekas dengan tarikh, masa dan jumlah perahan.
Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.
Jangan mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam perahan susu yang sudah disimpan.
Sentiasa simpan susu di bahagian yang paling sejuk di dalam peti
sejuk atau di dalam bahagian dingin beku (bukan di bahagian pintu).
Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan.
Tempoh Simpanan Susu Ibu:
Suhu Tempoh simpanan
Suhu bilik - Sehingga 8 jam
Peti sejuk 24 - 48 jam
Dingin beku (peti sejuk dua pintu) - 3 bulan
Peti sejuk beku lampau (-20) - 1 tahun
Note: Sumber Berita Harian.
=========================================================
Tip Penyusuan Badan Untuk Ibu Bekerja
By Tini Nisha Wirdas and Suzihan Ujie
Bagaimana untuk meneruskan penyusuan badan apabila kembali bekerja.
Oleh Dr Balkees Abdul Majeed, Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi
Wanita telah sentiasa bekerja, dalam sektor rasmi ataupun tidak
rasmi. Jadi, bagaimanakah mereka boleh meneruskan penyusuan badan jika
mereka kerja berjauhan atau tidak bersama bayi mereka?
Kebanyakan wanita akan kembali bekerja walaupun masih menyusu badan. Seseorang ibu itu perlu merancang dari awal jika ingin menyusu badan dan bekerja dengan jaya. Ibu perlu selesa dengan penyusuan badan dan yakin dengan bekalan susunya. Ini boleh dicapai dengan menyusu badan secara kerap dan eksklusif (tidak
memberi cecair atau makanan lain beberapa minggu sebelum kembali
bekerja). Memberi susu tiruan atau formula kepada bayi akan meyebabkan
bayi kurang menyusu daripada payu dara, dan bekalan susu ibu
berkurangan. Susu badan adalah penting untuk kesihatan ibu dan juga
bayi. Artikel 3 siri ini akan membincangkan apa yang si ibu boleh
lakukan SEBELUMkembali bekerja.
Sebelum Kembali Bekerja...
Bincangkan rancangan penyusuan badan bersama majikan sebelum
kembali bekerja, termasuk apa yang anda perlukan serta bagaimana
majikan boleh membantu. Cuti bersalin di Malaysia adalah sekurangnya 60
hari, jadi berunding dengan majikan agar anda boleh berada di rumah
selama yang boleh setelah bayi anda lahir. Anda juga boleh berbincang
tentang kemungkinan bekerja separuh masa semasa beberapa minggu pertama
dan kebenaran untuk 2-3 waktu rehat fleksibel pada hari kerja anda.
Berjumpa penjaga bayi anda. Bincangkan rancangan
anda dan cara anda ingin bayi anda disusui semasa anda di tempat kerja.
Penjaga bayi perlu faham dan sokong komitmen anda untuk menyusu badan.
• Sesetengah ibu dapat menyusu badan semasa waktu rehat makan
tengahari mereka. Adakah anda boleh ke tempat bayi anda atau bayi dibawa
ke tempat kerja anda?
• Sesetengah ibu inginkan bayi diberi susu perahan semasa mereka di
tempat kerja. Ajar penjaga bayi anda cara menyimpan dan mengendalikan
susu badan yang betul. Arahan bertulis akan banyak membantu.
• Ramai ibu suka menyusu badan sebaik sahaja mereka bersama bayi
mereka. Penjaga perlu tahu masa anda dijangkakan pulang supaya tidak
akan menyusu bayi sejurus sebelum kepulangan anda.
Menyusu bayi semasa ketiadaan anda. Bayi tidak
semestinya perlukan botol. Memperkenalkan botol semasa beberapa minggu
pertama selepas lahir hanya akan mengganggu penyusuan badan dan
menjejaskan pengeluaran bekalan susu yang baik. Terdapat cara lain:
dengan cawan, sudu atau cawan penyuap. Jika anda perlukan bantuan dengan
kaedah penyusuan ini, hubungi kaunselor penyusuan badan atau pakar
pediatrik anda. Namun, jika anda merancang untuk menyusu susu perahan
menggunakan botol, mulakan selepas usia 6 minggu bagi mengelakkan
keengganan payu dara dan/atau kekeliruan puting. Pastikan anda
menggunakan botol yang bebas bisfenol (BPA) kerana terdapat bukti
menunjukkan kimia ini boleh mengganggu tumbesaran sihat dan fungsi tubuh
bayi anda.
Simpan stok susu perahan. Mula simpan susu badan
diperah 2 minggu sebelum kembali bekerja. Minta bantuan si bapa atau
orang lain untuk memberi bayi susu perahan. Ini membolehkan bayi
mengaitkan penyusuan badan secara langsung dengan ibunya dan susu
perahan dengan orang lain.
Pam payu dara untuk tempat kerja. Jika anda
merancang menggunakan pam payu dara untuk memerah susu di tempat kerja,
pilih pam yang paling sesuai untuk keperluan anda. Berlatih mengepam
untuk menyesuaikan diri dengan cara pam berfungsi, masa diambil untuk
mengepam dan apa yang anda rasa semasa mengepam.
Perihal pakaian. Pakaian dua lapis atau yang boleh
dibuka di hadapan adalah lebih mudah untuk penyusuan badan atau memerah
susu. Pakaian bercorak yang boleh dibasuh boleh menyorokkan bahagian
yang basah akibat kebocoran susu.
Sesi percubaan. Pilih satu hari untuk cuba melihat
keadaan apabila anda kembali bekerja. Sediakan diri dan bayi anda untuk
hari tersebut. Susui bayi anda, tinggalkan bersama penjaga, keluar
sepanjang hari dan perah atau menyusu seperti mana yang akan anda
lakukan apabila kembali bekerja.
No comments:
Post a Comment
Ce Komen Sikit :)