As Salam...
Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita dan pengalaman saya sendiri iaitu satu anugerah yang sangat bernilai buat putera saya Muhammad Aiman Aqif dan sudah tentu untuk adik-adiknya juga, InsyaALLAH. Sudah tentunya susuku @ susu ibu. Betapa TERBAIKNYA susu ibu ni sehinggakan terlalu banyak kebaikannya untuk anakku. Saya pun tak tahu kenapa saya sangat bersemangat tuk menyusukan Aqif sepenuhnya dan yakin dapat menyusukan sepenuhnya selama dua tahun,InsyaALLAH. Sepanjang pemerhatian saya pada Aqif, Aqif jarang sangat demam dan perkembangan Aqif sangat cepat berbanding anak kawan-kawan saya yang lain. Seingat saya dari usia Aqif 1 sehingga 7 bulan Aqif hanya demam sebanyak dua kali dan setiap kali demam hanya akan demam selama 1 setengah hari. Begitu juga kalau Aqif mendapat suntikan vaksin di klinik, saya memang tak pernah risau dan tak perlukan persediaan jika Aqif akan demam sebab lepas cucuk Aqif memang 'cornfirm' tak kan demam. hebatkan antibodi Aqif! Ini seme kerana susuku.hehe...
Saya tak pernah terfikir saya bagi susu badan pada Aqif semata-mata untuk jimat,tapi salah satunya memang betul, bayangkan Aqif dah 10 bulan pada 26 Mei 2012 kalau beli susu formula sudah tentu banyak wang di belanjakan untuk susu sahaja dah la Aqif suka minum susu Alhamdullilah sekali lagi saya bersyukur kerana di murahkan rezeki buat Aqif kerana susu saya memang banyak. :)
Saya juga berasa bertuah sangat kalau orang lain sibuk susah hati lepas beranak nak dapatkan berat badan anak dara semula, tapi saya tak ok!hehe. Sebab saya memang dah dapat balik berat badan masa saya zaman sekolah menengah dulu.hehe... Bila orang tanya kenapa kurus sangat selamba je saya jawab Aqif yang sedut.hehe...
Minggu lepas pulak ada kejadian yang tidak diingini terjadi. Balik keje macam biasa, ambik Aqif kat taska. Tetibe penyelia taska bagitaw taska terpaksa di tutup selama seminggu sebab ada kes kanak-kanak terkena jangkitan virus kaki,tangan dan mulut. Saya sangat-sangat risau, tapi Alhamdullilah Aqif tak berjangkit dengan kawan die,sedangkan kanak-kanak tersebut adalah kawan Aqif yang duduk berhampiran dengan Aqif dan satu bilik dengan Aqif. Hebatkan susu ibu ku ni! hehe....
Saya sangat berbangga kerana di usia muda saya telah sedar bahawa susu ibu sangat banyak khasiatnya. Alhamdullilah... sehingga kini saya tak jemu-jemu mentelaah tentang susu ibu. Saya juga kadang-kadang menjadi tempat rujukan untuk kawan-kawan saya yang baru berjinak-jinak ke dalam dunia susu ibu ni, tahniah buat mereka kerana tuju ke jalan yang tepat.koya.hehe...
Saya sangat sedih bila melawat kawan-kawan yang baru bersalin, anak mereka telah diberikan susu formula sedangkan susu ibu mereka masih ada kenapa perlu campur? Mereka sepatutnya perlu sedar susu ibu adalah hak anak, tapi apa kan daya saya hanya mampu melihat dan mendiamkan diri sahaja. Alhamdullilah sehingga sekarang Aqif tak pernah kenal dan rasa apa itu susu formula, dan Aqif juga tak pernah kenal dan rasa apa itu nestum. Saya lebih suka menyuapkan Aqif bubur, dan itu adalah salah satu kasih sayang yang di berikan buat Aqif. Semoga Aqif menjadi anak yang soleh dan bijak kelak. InsyaALLAH.... (^_^)
No comments:
Post a Comment
Ce Komen Sikit :)