Monday, August 13, 2012

babywearing....

Assalalamualaikum w.b.t...

Dah lamekan saya tak story mory... bukan apa bulan Ramadhan lebih banyak mendiamkan diri gitu. ceh wah! Macam biasala nak berkongsi cerita dengan satu dunia apa lagi.  Kali ini adalah tentang minat saya kepada babywearing. Apa tu ye? Jom baca!

Babywearing ala poket kanggaro gitu, senang cite untuk kita bawak baby kite macam beg galas.  Saya tak taw ler macam mana tetibe leh jatuh cinta dengan babywearing plak, sedangkan carrier dah ada tapi macam tak praktikal untuk digunakan sebab sakit belakang, berbanding babywearing. Harganya boleh tahan agak mahal tapi sangat berbaloi sebabnya saya dah tak perlukan stroller untuk dibawa kemana-mana sebab cukup dengan hanya babywearing tangan pun leh tolak troli kalau gi shopping.

Kebaikan babywearing ni banyak antaranya boleh merapatkan ibu+bapa dengan baby sebab baby akan sentiasa berasa selamat yela kan melekat je ngan kite.  Selain itu, sangat mudah untuk saya yang menyusu badan ni saya tak perlukan nursing room untuk nyusukan baby hanya cari kerusi atau sambil berjalan-jalan pun boleh untuk menyusukan baby kalau gune babywearing ni tanpa perlu tutup dengan shawl dan sudah tentunya aurat terjamin tidak akan kelihatan.  Baby juga sangat selesa kalau tidur dalam babywearing ni, yela kan dah nyusu kenyang-kenyang terus tidur macam dalam buai gitu.  Yang paling saya suka dengan babywearing ini baby lebih banyak berinteraksi dengan kita sebab baby menghadap muke kita atau duduk belakang kite tapi sentiasa mendengara apa yang kite cakap dan secara semulajadinya baby berinteraksi bermacam-macam perkara bersama kita, berbanding stroller nak tunjuk sesuatu kite tak nampak baby dan baby pun tak nampak kite.  Paling best jugak, tau jela baby kan ada masa kalau kat rumah die akan meragam tak nak duduk bawah kan, tapi tak ada alasan untuk mengelak daripada buat keje rumah dengan babywearing keje pasti menjadi.  Sambil berbabywearing keje pun masih berjalan nak menyapu sampah+mengemoop lantai+memasak+menjemur pakaian dan lain-lain pada masa yang sama baby boleh explore apa yang kite buat dan baby boleh belajar apa yang kite sedang lakukan. Magic kan?  Babywearing ni jugak boleh digunakan sehingga baby berusia empat tahun, lamekan. So senang la nak-nak kalau baby yang dah pandai berjalan kadang-kadang susah nak contral tapi kalau kite dah ajar baby kite duduk dalam babywearing ni sejak umur 2-3 bulan of coz sampai besar dia akan biasa dan selesa duduk dalam babywearing. 

So apa lagi pada ibu-ibu yang minat apa salahnya gunekan baby wearing ni. Sangat praktikal taw. :)

Antara yang terdapat di pasaran babywearing+ring sling(ala-ala kain batik)+mei tai.

Aqif dan Abah berbabywearing di shopping mall, selesa kan. Sebenarnya dah lame Aqif dah tak gune carrier, tapi Alhamdullilah walaupun dah setahun dan berat pun dah 10.6kg tapi masih selesa dan nak duduk dalam babywearing. :)




antara babywearing yang terdapat di pasaran from US



mei tai kene ikat tak macam babywearing action baby carrier juz pakai je

ring sling pun sama kene pandai belit dan ikat tapi jangan risau kain sangat kukuh. :)



 SELAMAT MENCUBA MOMMIES!!! :)