Wednesday, November 28, 2012

Jalan-jalan Makan Angin

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah dah masuk tahun baru pun kita, syukur Allah s.w.t masih panjangkan usiaku untuk melihat insan-insan tersayang di depan mata. Amin....

Baru-baru ni Dayang & family berkesempatan dapat bercuti-cuti Malaysia gitu, ala dalam Malaysia lagi, kat Pulau Langkawi dan Cameron je. Tapi apa-apa pun sangat-sangat seronok! yela makan angin dengan orang tersayang walaupun penat dan perjalanan yang agak jauh. Eh! lupe plak kawan pejabat Dayang pun join jugak Kak Haniza, jadinya tiga family la.hehe....  

Perancangan percutian ni memang dibuat awal tau, bulan 9 lagi. Sebab kalau tak plan awal-awal cornfirm huru-hara nanti. Jom tengok gambar-gambar Dayang & family kat sana. (^_^)

 satu hari perjalanan sahaja. My baby demam, Alhamdullilah sehari je demam. :)

cantikkan? :)



hari kedua kami, tempat pertama kami melawat adalah Makam Mahsuri 








 seterusnya naik bot pusing-pusing pulau,best sangat! bayar RM150 sangat-sangat berbaloi. :)



 dalam gua kelawar





Wednesday, November 7, 2012

Kenapa Aqif Menggunakan Cloth Diaper

Assalamualaikum w.b.t

Dah lame sungguh saya tidak menulis di blog ini, biasa la mula-mula je semangat nak berblog.hehe....

Hari ni saya nak cerita tentang Cloth Diaper / Lampin Moden. Kenapa saya suka dengan lampin ini sebabnya adalah JIMAT! hehe.... Tapi pakai lampin ni sangat perlukan keRAJINan yang sangat tahap maksimum. Yela nak-nak bila baby yakyak...huhu. Tapi Alhamdullilah saya dan suami boleh teruskan menggunakannya untuk anak kami, yela dah belikan? ate nak tak nak kenala WAJIB pakai. hehe

Lagipun lampin ini sangat OK! dan tidak mudah bocor, jadinya di waktu malam tidak perlu tukar lampin. Saya pakaikan dari jam 7 petang dan bertahan sehingga 6 pagi. Ok kan?!  Saya juga selalu teringat kata-kata Bonda saya "aku dulu anak lapan lagilah mesin basuh tak ade, air paip tak ade, dan aku pun keje jugak" ambik ko! aku baru anak sorang, tak kan basuh lampin pun tak boleh! apa pun tak boleh.hehe...

Saya akui lampin ni mahal harga satu pun paling murah pun RM20.00, tapi ianya boleh dipakai sehingga baby berusia 3 tahun, jadi tak rugi kan? Baby saya pun hanya pakai waktu malam dan hujung minggu sahaja, di taska tetap menggunakan lampin pakai buang. Saya dapat rasakan memang sangat-sangat menjimatkan, tambahan pula anak saya menyusu badan sepenuhnya lagi la sangat jimat maklumla duduk di bandar besar ni kos hidup yang sangat tinggi jadi kita perlu bijak untuk untuk memilih jalan terbaik untuk berjimat cermat. cewah!hehe...





tambahan koleksi CD my baby sekarang dan ada 12 helai sangat-sangat suka!